Aktiviti gotong-royong di Chapel St Andrew Rasak untuk membina dan menyiapkan groto chapel tersebut

Oleh Soccom STKM

Apr 4 2024

SEPANJANG bulan Februari sehingga bulan Mac Paderi Paroki Kudat dan Kota Marudu telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik bersama para umat di paroki dan di stasi luar.

Akitiviti itu dijalankan untuk menjangkau umat di stasi luar bagi membina hubungan baik antara pemimpin gereja dan umat.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti bersama kapsyen:

Misa Kudus di Pantai Terongkongan Kudat bersama umat KUK St Ignatius Zon Mission Matunggong 25-26 Feb 2024

Misa Kudus Kesyukuran sempena penubuhan KUK St Jude Sumangkap, Matunggong

Ulang tahun pentahbisan Fr Mitchelly Kiun ke-10 diraikan bersama umat di Dewan Paroki St Theresa Kota Marudu pada 25 Feb 2024

Rekoleksi Liga Wanita Katolik Bahagian Kudat pada 2 Mac 2024 dengan tema Garam dan terang dunia

Misa Kudus semasa lawatan pastoral Fr Rayner Bisius di KUK Kg Nalapak pada 9 Mac 2024

Sambutan Pesta Penaung Chapel St John Togudon pada 10 Mac 2024 bersama Fr Rayner Bisius (Keempat dari kanan)

Taklimat pengisian borang permohonan chapel disampaikan oleh pengerusi Majlis Kewangan Paroki, Stanley Jainim pada 16 Mac 2024

Para umat mengabadikan gambar kenangan bersama Fr Mitchelly Kiun (tengah, baju biru) sempena sambutan Hari Santo Penaung Chapel St Joseph, Sungoi laut pada 17 Mac 2024

Perutusan para AJK Liga Wanita Katolik bahagian Kudat bergambar bersama Fr Mitchelly Kiun selepas Misa Kudus pada 17 Mac 2024

Mesyuarat persiapan bagi sambutan Pesta Kaamatan Paroki pada 17 Mac 2024