Bahasa Melayu – Catholic Sabah

Misa Senja di hutan bakau seru pemulihan ekosistem
Misa Kudus Senja Bersama Alam di kawasan hutan paya bakau, Kampung Kulung-kulung, Nalitang dipimpin oleh Fr Roney Mailap (Gambar – Disediakan)

Oleh KOMSOS PSPKP/Herald Malaysia

KUALA PENYU – Sempena Pesta Santo Fransiskus dari Assisi, Musim Ciptaan dan Kempen Menjana Semula Harapan untuk Ekosistem Tanah, Komisi Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan (KKACT) paroki St Peter bersama KUK Kristus Gembala Baik menganjurkan Misa Senja Bersama Alam di kawasan hutan paya bakau, Kampung Kulung-kulung, Nalitang, pada Okt 2 lalu.

Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Roney Mailap itu mengajak umat merenungkan tanggungjawab manusia sebagai penjaga alam ciptaan Tuhan.

Dalam homilinya, Fr Roney menegaskan bahawa Tuhan ialah pemilik segala ciptaan, manakala manusia hanyalah pemegang amanah yang bertanggungjawab memeliharanya demi kesejahteraan generasi akan datang.

Beliau mengingatkan bahawa alam boleh dimanfaatkan untuk mencari rezeki, tetapi tidak seharusnya dieksploitasi demi keuntungan semata-mata.

Selepas homili, umat diajak berdiam diri seketika untuk menghayati keindahan alam sekitar, diikuti tindakan simbolik Perdamaian dengan Alam dengan tunduk sebanyak tiga kali sebagai tanda menghormati ciptaan Tuhan.

Pengerusi KUK Kristus Gembala Baik, Vieory Eming, turut berkongsi pengalaman dalam menjayakan perayaan tersebut, khususnya usaha mencari lokasi yang sesuai.

Sementara itu, Pengerusi KKACT, Lissa Johannes, mengajak umat mencontohi keteguhan pokok bakau yang mampu menahan hempasan ombak kerana akarnya mencengkam tanah dengan kuat.

Menurutnya, keadaan itu melambangkan iman yang berakar teguh dalam Tuhan ketika menghadapi cabaran kehidupan.

Fr Roney turut mengaitkan akar bakau yang saling berpaut dengan kepentingan hubungan yang erat dengan Tuhan serta kesatuan umat sebagai sumber kekuatan iman. Perayaan diteruskan dengan pemberkatan haiwan peliharaan dan anak pokok serta pelancaran Kempen Menjana Semula Harapan untuk Ekosistem Tanah.

Sebagai tanda komitmen ter-hadap penjagaan alam, Kit Menjana Semula yang mengandungi anak pokok, enzim organik dan bahan kempen disampaikan kepada 11 pengerusi KUK serta wakil Gereja pusat.

Misa tersebut menjadi peringatan bahawa menjaga alam ciptaan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab iman, selaras dengan teladan Sto Fransiskus dari Assisi yang mengasihi seluruh ciptaan Tuhan.

Seorang lagi paderi dari Kongregasi CSE Sabah ditahbiskan
Fr Bernard Marie CSE dan keluarga bergambar bersama Uskup Cornelius Piong (Gambar oleh Komsos Keuskupan Keningau)

Oleh Aloy KOMSOS Keuskupan Keningau

TAMBUNAN – Keuskupan Keningau khususnya kongregasi Carmelitae Sancti Eliae (CSE) bersyukur dan bersukacita apabila selepas 25 tahun kelahiran Kongregasi Pertapaan Karmel Kaingaran, seorang lagi paderi baharu telah ditahbiskan.

Diakon Bernard Marie, CSE telah ditahbiskan sebagai paderi dalam Misa Kudus Pentahbisan Imamat yang berlangsung pada 17 Okt 2026 bertempat di Pertapaan Karmel, Tambunan. Upacara pentahbisan suci tersebut telah disempurnakan oleh Uskup Cornelius Piong, dan disaksikan oleh para religius dari seluruh keuskupan serta anggota kongregasi CSE Pertapaan Karmel Kaingaran, keluarga dan umat beriman yang hadir.

Dengan memilih moto pentahbisan, “Lihat, Aku telah melukiskan engkau di telapak tangan-Ku” (Yesaya 46:19), Fr Bernard Marie mengungkapkan bahawa moto tersebut melambangkan ungkapan iman dan penyerahan diri sepenuhnya kepada panggilan hidup kudus sebagai seorang paderi.

Dalam ucapan syukurnya, Fr Bernard Marie melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas doa, sokongan dan dorongan, terutamanya daripada kedua ibu bapa, Uskup secara peribadi dan semua rakan seperjuangan rohani. Dia berkongsi bahawa perjalanan panggilannya sehingga ditahbiskan menjadi seorang paderi bukanlah mudah. Terlalu banyak cabaran yang dihadapi sehingga ada saat-saat di mana dia sempat menjauhkan diri daripada Tuhan dan mengendahkan bisikan-Nya. Namun misteri panggilan Tuhan akhirnya memampukan beliau sehingga ke hari pentahbisan.

Sementara itu dalam ucapannya, Uskup Cornelius Piong mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa paderi baharu itu kerana sanggup menyerahkan anak mereka untuk menjadi alat Tuhan. “Sesungguhnya bukan mudah sebagai ibu bapa untuk menyerahkan anak menjadi milik Tuhan,” ujar Uskup.

Dalam kesempatan yang sama, Uskup tersebut juga mengingatkan Fr Bernard agar berhati-hati dengan kemunafikan orang Farisi seperti dalam perumpamaan Injil. Walaupun sudah ditahbiskan menjadi paderi, jangan mudah terpengaruh dan hilang fokus. “Sentiasalah menyatukan diri dengan Yesus kerana godaan dunia masa kini semakin hebat di kalangan para paderi,” demikian Uskup mengakhiri amanatnya.

Misa pentahbisan diakhiri dengan berkat meriah dan sesi bergambar bersama paderi baharu.

Peranan KPMP di paroki diperkukuh
Komiti Pelayan Migran Paroki untuk sesi 2026-2028 (gambar disediakan)

Oleh Alicia Dora Paul

KOTA KINABALU – Komisi Pelayanan Pastoral Migran dan Perantau (ACMI) di Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah mengadakan pertemuan pertama Komiti Pelayan Migran Paroki (KPMP) untuk sesi 2026-2028 pada 19 Sep 2026 di Catholic Archdiocesan Centre.

Pertemuan itu telah menghimpunkan seramai lebih kurang 60 perwakilan dari 23 paroki di Keuskupan Agung serta dihadiri oleh penasihat rohani, Fr Ambrose Atang dan koordinator dari ACMI.

Program dimulakan dengan sesi suai kenal antara sesama ahli memandangkan terdapat lantikan baru bagi ketua dan koordinator KPMP di paroki masing-masing.

Program diteruskan lagi dengan taklimat pengenalan terhadap ACMI yang disampaikan oleh Fr Ambrose dan disambung oleh Sr Imelda, fsic tentang pengenalan dan peranan KPMP di peringkat paroki.

Dalam pertemuan itu juga, pembentangan laporan KPMP untuk sesi 2023-2026 telah disampaikan oleh Anselmus diikuti dengan perbincangan tentang masalah dan cabaran berkaitan migran dan perantau yang dihadapi di paroki.

Selain itu, ahli-ahli turut membincangkan tentang aktiviti komisi yang seterusnya iaitu Kembara-4 serta mengatur tarikh dan masa pertemuan mengikut kluster masing-masing.

Program tamat pada jam 1.00 pm. Semua yang hadir menikmati jamuan makan bersama sebelum bersurai.

Pesta Belia Keuskupan ke-15 diaktifkan!
Uskup Agung John Wong duduk bersama para perwakilan belia menonton tayangan video pelancaran PBK-15

KOTA KINABALU – “Kami percaya PBK menguatkan kami Orang Muda Katolik (OMK) sebagai penggerak utama dalam Gereja sinodal dan menjadi saksi-saksi Injil yang penuh sukacita,” doa para perwakilan belia dari 23 paroki dan Catholic Student Group (CSG) di bawah naungan Keuskupan Agung Kota Kinabalu pada 20 Sept 2026 semasa Misa Kudus Pelancaran Pesta Belia Keuskupan ke-15 (PBK-15).

Lebih kurang 140 belia dari seluruh Keuskupan Agung Kota Kinabalu berkumpul bersama di Dewan Catholic Archdiocesan Centre (CAC) untuk program tersebut.

PBK-15 akan berlangsung pada 15 – 19 Mei 2027 bertujuan untuk menginspirasi OMK untuk membentuk sikap bijaksana dalam menggunakan gajet dan media sosial agar mereka mampu mengurus masa secara berkesan dan membina hubungan yang sihat serta menghidupi iman Katolik dalam kehidupan seharian.

Selain itu, untuk memperkukuh nilai moral dan identiti OMK agar mereka mampu membuat pilihan hidup yang benar, khususnya dalam menghadapi cabaran pergaulan bebas serta gejala sosial.

Seterusnya, menghidupkan semula hubungan OMK dengan Tuhan dan Gereja melalui pengalaman iman komuniti dan pendampingan yang membantu mereka kembali melibatkan diri dalam pelayanan serta memuridkan sesama dengan menyebarkan Injil Kristus ke seluruh dunia.

Pelancaran PBK-15 bermula dengan perayaan Misa Kudus yang dipimpin oleh Uskup Agung John Wong di mana dia meyampaikan tiga perkara utama iaitu perumpamaan, kerajaan Tuhan dan kepentingan mendengar serta membuat beputusan. Uskup agung menekankan bahawa semua orang layak masuk dalam kerajaan Tuhan seperti dalam perumpamaan pembacaan injil pada hari itu di mana pemilik kebun anggur memberikan upah pekerja sama rata sahaja tidak kira mereka yang datang lebih awal atau lambat.

Prelatus menyatakan bahawa perumpamaan tersebut merupakan satu peringatan kepada semua untuk membuat keputusan sama ada mereka mahu menerima rancangan Tuhan atau mengikut rancangan sendiri.

Uskup juga menasihatkan agar para belia mencari Tuhan semasa Dia masih dekat kerana Dia juga mencari kita. Oleh itu, mereka perlu sentiasa dalam posisi yang sesuai dan bersedia.

Uskup turut menyatakan kegembiraannya melihat para belia mempesiapkan diri untuk perayaan Misa Kudus.

Selesai Misa, ucapan daripada Koordinator PBK-15, Dwana Andrew Kosidi, mengalu-alukan kehadiran Uskup Agung John Wong, Koordinator Archdiocesan Youth Commission (AYC), Sr Terry Loukang, fsic, para perwakilan OMK dari 23 paroki dan juga CSG, animator dan pemimpin belia.

Dwana seterusnya berkata bahawa pertemuan itu bertujuan untuk melancarkan dan bercerita lebih lanjut mengenai PBK. Dwana juga menyampaikan tiga poin pembaharuan untuk membangun kerajaan Tuhan melalui PBK-15 iaitu wajah baharu, semangat baharu dan cara baharu.

Wajah baharu merujuk kepada ramainya OMK yang ingin terlibat dalam pelayanan ministri belia. Ini menunjukkan peningkatan partisipasi dan keterlibatan kaum muda dalam kegiatan gereja.

Semangat baharu pula mencakup spiritualiti, bagaimana menghidupi identiti Katolik yang bersemangat untuk mencapai kematangan rohani dan pemikiran.

Cara baharu pula meliputi cara berfikir, melayani Tuhan dan kerjasama antara satu sama lain untuk mencapai kerajaan Tuhan.

Dwana menyimpulkan bahawa program PBK-15 itu adalah platform untuk merealisasikan pembaharuan yang telah direnungkan bersama dan menekankan bahawa program itu adalah milik bersama yang memerlukan kerjasama dari semua pihak.

Setelah ucapan, pelancaran PBK-15 disempurnakan oleh uskup agung dengan tayangan video PBK sebelumya diikuti perarakan logo PBK tetap bagi Keuskupan Kota Kinabalu.

Sr Terry yang hadir bersama dalam pelancaran tersebut menyatakan rasa syukur dan menyoroti kepentingan belia dalam Gereja dan menekankan bahawa belia merupakan aset penting untuk memastikan gereja sentiasa muda dan berpusatkan Kristus.

Pendaftaran PBK-15 kini dibuka dari 1 Okt – 30 Nov 2026. Sila imbas dan daftar di Laman Web Komisi Belia mengikut paroki anda. Sila hubungi Sekretariat PBK-15 jika mempunyai sebarang pertanyaan. (Rey – 014-9698137 atau Rachel – 011-29893714).

Paranormal dan kuasa gelap menurut ajaran Gereja Katolik
Suasana kusyuk di dalam gereja sewaktu berdoa doa St Mikael

Oleh Alicia Dora Paul, Catholic Sabah

BUKIT PADANG – Katekesis tentang paranormal dan kuasa gelap menurut ajaran Gereja Katolik siri pertama telah menarik lebih seribu kehadiran umat di Church of Mary Immaculate pada 13 Okt 2026.

Katekesis yang julung kali diadakan itu disampaikan oleh Msgr Nicholas Stephen dalam suasana jenaka yang bersahaja membolehkan penyampaian isi penting mudah difahami tidak kira lapisan umat yang hadir ditambah dengan penceritaan pengalaman peribadi beliau sendiri.

Menurut Msgr Nicholas, gereja tidak pernah berkata bahawa hantu dan kuasa gelap itu tidak wujud. Gereja berkata bahawa paranormal dan kuasa gelap itu ada, maka sebab itulah umat Katolik harus menjauhi pengaruhnya.

Mengupas persoalan mengapa umat Katolik masih mendekati kuasa gelap sebagai contohnya masih berjumpa dengan dukun, Msgr Nick menyenaraikan tiga alasan. Pertama, kerana apabila seseorang individu jatuh sakit dan susah sembuh walaupun sudah berjumpa dengan doktor, maka timbul perasaan takut membuatkan dia lari menuju kuasa kegelapan.

Alasan kedua adalah disebabkan dengan sifat manusia yang ingin cepat kaya dan cantik. Manakala alasan ketiga adalah kerana perasaan manusia yang terluka dan dendam membuatkan dia ingin membalas perbuatan individu yang menyakitinya. Dengan berjumpa dukun, umat Katolik membuka pintu kepada iblis.

Apabila seseorang sudah terjerumus ke dalam kuasa kegelapan, selain dia membuka pintu kepada pengaruh kuasa kegelapan masuk ke dalam keluarganya, individu tersebut juga akan berasa terikat dan ketagih dengan kuasa dan pengaruh yang diamalkannya. Sekaligus membuatkan doanya kepada Tuhan menjadi tawar.

Pelbagai lagi isu berkaitan paranormal dan kuasa kegelapan akan dikupas dalam sesi akan datang. Msgr Nick memberitahu bahawa akan ada kesinambungan katekesis tersebut. Namun, tarikh dan masa akan diuar-uarkan kemudian.

Hari Migran dan Perantau Sedunia disambut penuh kesyukuran di Paroki Manggatal
Hari minggu migran dan perantau sedunia ke-112 disambut meriah (Sumber gambar dari FB Soccom Good Shepherd Manggatal)

Oleh Stanley Ung

MANGGATAL – Gereja Katolik bersama-sama umat beriman di seluruh dunia memperingati Hari Minggu Migran dan Perantau Sedunia ke-112 pada 27 Sept 2026 dengan memberi perhatian khusus kepada nasib kanak-kanak dan remaja yang terlibat dalam pengalaman penghijrahan dan perpindahan. Tema sambutan tahun ini ialah “Walaupun hanya salah seorang daripada kanak-kanak Ini”, yang berakar daripada ajaran Yesus dalam Injil Matius 18:5.

Tema tersebut mengajak umat untuk melihat setiap kanak-kanak bukan sekadar sebagai angka dalam statistik migrasi, tetapi sebagai seorang manusia yang mempunyai maruah, hak, impian dan masa depan. Dalam pesanan sempena Hari Minggu Migran dan Perantau Sedunia ke-112, Bapa Suci Leo XIV memberi perhatian khusus kepada kanak-kanak migran kerana golongan ini merupakan antara kelompok paling terdedah kepada situasi dalam penghijrahan dan perpindahan. Jutaan kanak-kanak dan remaja terpaksa meninggalkan tempat asal mereka akibat peperangan, kemiskinan, keganasan, bencana alam dan pelbagai tragedi lain. Ada di antara mereka kehilangan ibu bapa atau ahli keluarga, mengalami perpisahan, serta berdepan keadaan perjalanan yang traumatik.

Dalam pesannya, Bapa Suci mengingatkan bahawa penderitaan kanak-kanak migran tidak berakhir apabila mereka tiba di tempat baharu. Mereka masih berhadapan dengan risiko eksploitasi, pemerdagangan manusia, keganasan, pengasingan dan penolakan. Justeru, perlindungan terhadap mereka merupakan tanggungjawab bersama keluarga, masyarakat, institusi awam dan komuniti Gereja.

Pesanan bapa suci juga mengingatkan bahawa Gereja dipanggil untuk menjadikan penerimaan bukan sekadar satu konsep, tetapi suatu amalan pastoral yang nyata dan berterusan. Komuniti Kristian hendaknya melihat kanak-kanak migran dan pelarian sebagai sebahagian daripada keluarga Gereja serta membina ruang pertemuan, persahabatan dan integrasi antara anak-anak tempatan dengan anak-anak migran.

Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 69 No 20 bertarikh Okt 18 2026.

CHARIS BM Katedral St Mary anjur seminar hidup baru dalam roh
Peserta seminar hidup baru dalam roh bergambar di hadapan Katedral St Mary (gambar disediakan)

Oleh CHARIS BM Katedral St Mary Sandakan

SANDAKAN — Seramai 172 peserta termasuk Tim pelayanan telah mengambil bahagian dalam Seminar Hidup Baru Dalam Roh anjuran Pelayanan Pembaharuan Karismatik Katolik (CHARIS) Bahasa Malaysia, Katedral St Mary Sandakan dengan tema “Hidup oleh Roh, Dipimpin oleh Roh” (Galatia 5:25) pada 2-4 Okt 2026.

Seminar yang berlangsung selama tiga hari itu menghimpunkan umat awam dewasa, calon-calon persiapan Komuni Pertama dan Sakramen Penguatan, serta Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) dalam suasana yang penuh iman, sukacita, persaudaraan dan keterbukaan kepada karya Roh Kudus.

Sepanjang seminar, para peserta dibimbing melalui pelbagai sesi pembinaan dan pengalaman iman, antaranya pengajaran iman, perayaan Ekaristi, perkongsian, Sakramen Pengakuan, doa penyembuhan, transformasi dan pemuridan, pengenalan kepada karunia-karunia Roh Kudus, serta kemuncak seminar melalui Sesi Curahan Roh Kudus.

Setiap sesi menjadi kesempatan bagi para peserta untuk semakin mengenal kasih Tuhan, membuka hati kepada karya Roh Kudus serta menyedari panggilan untuk mengalami pembaharuan hidup dalam Kristus.

Seminar itu dipengerusikan oleh Adaris Moses Sintan, dengan Veron Dennis sebagai Penyelaras, Haina Egoh sebagai Timbalan Penyelaras dan Melissa Silin sebagai Bendahari, bersama seluruh tim pelayanan yang telah memberikan masa, tenaga dan komitmen dalam menjayakan seminar tersebut.

Syukur kepada Tuhan atas segala rahmat dan penyertaan-Nya. Semoga segala pengalaman, pengajaran dan pembaharuan yang diterima sepanjang seminar tidak berhenti pada tiga hari itu sahaja, tetapi terus bertumbuh dalam kehidupan seharian: dalam keluarga, pekerjaan, pelayanan dan komuniti.

Marilah kita terus membuka hati untuk hidup oleh roh dan dipimpin oleh Roh Kudus, menjadi saksi Kristus serta membawa sukacita Injil kepada sesama. “Jika kita hidup oleh Roh, baiklah kita juga dipimpin oleh Roh.” (Galatia 5:25)

Soli Deo Gloria — Segala Kemuliaan hanya bagi Tuhan – Dospo

Bapa Suci sempena Hari Misi: Penginjilan sentiasa merupakan satu karya cinta
(Pope Leo XIV)

Oleh Vatican News

Bapa Suci Leo telah menyampaikan pesanan video sempena sambutan Hari Misi Sedunia yang ke-100, yang diraikan pada 18 Oktober 2026. Dalam video tersebut, beliau merenung tema “Satu dalam Kristus, Bersatu dalam Misi” serta menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong sambutan tahunan ini sepanjang abad yang lalu.

Beliau memulakan dengan memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas “buah-buah yang melimpah” yang dikurniakan kepada Gereja sejak Bapa Suci Pius XI menetapkan Hari Misi Sedunia 100 tahun yang lalu.

Bapa Suci mengimbas kembali bahawa pendahulu beliau berusaha untuk memperdalam kesedaran tentang tugas misionari di setiap keuskupan dan paroki, menggalakkan doa bagi penginjilan dan panggilan misionari, serta menyokong usaha Persatuan Misi Kepausan.

Bapa Suci Leo kemudian merenungkan bagaimana usaha-usaha ini membantu membentuk panggilannya sendiri.

“Apabila menoleh kembali ke masa muda saya, saya dapat melihat bagaimana doa-doa yang dipanjatkan kepada Tuhan yang empunya tuaian telah secara misteri membantu mempersiapkan hati saya untuk menyahut panggilan Yesus supaya mengikutNya sebagai seorang misionari Augustinian,” ujarnya. Beliau menambah bahawa doa dan sumbangan umat beriman telah menyokong usaha misinya di Peru serta usaha ramai lagi misionari di seluruh dunia. “Oleh sebab itu, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih yang tulus ikhlas kepada semua pihak yang telah menyokong sambutan Hari Misi Sedunia selama ini,” tambahnya.

Satu keluarga dalam Kristus

Beralih kepada tema tahun ini, Bapa Suci Leo menekankan kepentingan memupuk perpaduan Gereja dalam mengikuti Kristus, khususnya melalui komitmen bersama untuk menyebarkan perkhabaran penyelamatan Injil.

Beliau menjelaskan bahawa melalui Pembaptisan, setiap orang menjadi anggota Tubuh Kristus dan mempunyai “peranan unik dalam menyumbang kepada karya penyelamatan Yesus”.

“Tuhan kita memanggil kita untuk bekerjasama sebagai satu keluarga, dengan bantuan Roh Kudus, bagi membawa semua orang di mana jua ke dalam persekutuan iman di dalam Kristus.”

Sebuah misi cinta

Bapa Suci mengulangi semula rayuan yang dibuat dalam perutusan beliau sempena sambutan ulang tahun keseratus itu, bertarikh 25 Jan 2026, dengan mengajak semua pihak untuk menyumbang mengikut panggilan serta anugerah yang telah mereka terima.

“Marilah kita semua bertekad untuk menyumbang kepada misi agung penginjilan — yang sememangnya merupakan suatu usaha yang didorong oleh kasih,” serunya.

Doa dan sokongan praktikal, tambahnya, membantu membawa “Injil kasih Tuhan kepada semua orang, terutamanya golongan yang paling miskin dan mereka yang paling memerlukan”.

Mengakhiri pesanan videonya, Bapa Suci Leo mengucapkan terima kasih kepada umat beriman atas segala usaha mereka untuk meneruskan warisan Hari Misi Sedunia serta menyokong dengan murah hati misi penginjilan Gereja di seluruh dunia.

Sumber: Pope for Mission Sunday: Evangelisation is always a work of love (Terjemahan)

Pengampunan membuka jalan kepada penyembuhan hati
Fr Abel Madisang ketika merayakan Perayaan Ekaristi di St Peter Claver Ranau (gambar disediakan)

Oleh Clarence Dol

RANAU – Pengampunan bukan sekadar melupakan kesalahan orang lain, tetapi merupakan pilihan untuk melepaskan sakit hati dan membenarkan kasih Tuhan bekerja dalam kehidupan. Demikian ditekankan oleh Fr Abel Madisang ketika meraikan Misa Kudus di Gereja St Peter Claver Ranau pada Ahad, 13 Sept 2026.

Dalam homilinya, Fr Abel mengajak umat mengambil serius ajaran Yesus mengenai pengampunan, khususnya dalam hubungan keluarga dan komuniti. Beliau mengakui bahawa manusia mudah melakukan kesalahan, namun tidak semestinya mudah memaafkan mereka yang telah menyakiti hati.

Menurut beliau, pengampunan tidak bermaksud membenarkan perbuatan salah, sebaliknya merupakan keberanian untuk tidak membiarkan kesalahan masa lalu terus menguasai hati dan kehidupan. Peluang untuk meminta atau memberikan pengampunan juga tidak wajar ditangguhkan kerana manusia tidak mengetahui berapa lama kesempatan untuk berdamai masih diberikan.

“Apabila kita masih mempunyai kesempatan, gunakanlah kesempatan itu untuk saling mengampuni,” katanya.

Fr Abel turut menekankan bahawa pengampunan perlu bermula dalam keluarga kerana konflik dan luka yang tidak diselesaikan boleh merenggangkan hubungan. Keengganan mengampuni akhirnya bukan sahaja menyakiti orang lain, malah membebankan diri sendiri.

Beliau mengajak umat membawa segala luka dan kekecewaan kepada Tuhan serta memohon kekuatan untuk mengampuni dengan tulus. Sebagai pengikut Kristus, umat dipanggil mencontohi kasih, belas kasihan dan pengampunan Yesus, menjadikannya satu sikap hidup yang bermula dalam keluarga dan berkembang kepada komuniti.

Persidangan Fransiskan Sabah 2026: “Walk Humbly, Love Deeply, Serve Joyfully”
Peserta Persidangan Fransiskan Sabah 2026 (gambar disediakan)

Oleh Evelyn Justine

KOTA KINABALU – Di dalam sunyi yang merindukan kehadiran Tuhan, Persidangan Fransiskan Sabah 2026, yang berlangsung pada 17-19 Sept 2026 bukan sekadar sebuah program tahunan, tetapi satu panggilan kepada pertaubatan hati, satu ziarah rohani yang membawa umat beriman daripada kebisingan dunia kepada keheningan hadirat Tuhan.

Bersempena dengan Tahun Jubli Fransiskus, persidangan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sabah Franciscan Conference 2026, dengan mengangkat tema yang diwarisi daripada St Fransiskus dari Assisi: “Walk Humbly, Love Deeply, Serve Joyfully” – Berjalan dengan Rendah Hati, Mengasihi dengan Mendalam, Melayani dengan Kasih. Empat nilai yang menyala di tengah-tengah seluruh perjalanan ini ialah iman, persaudaraan, kesederhanaan dan sukacita.

Dimulai dengan Misa Kudus bersempena dengan Pesta Stigmata Sto Fransiskus dari Assisi, dirayakan di Paroki St Michael, Penampang dengan pemberkatan relik.

Relik Sto Fransiskus yang telah selamat tiba dari Rome Italy untuk Persidangan Fransiskan Sabah 2026 adalah suatu rahmat yang mengingatkan kita bahawa kekudusan bukanlah sesuatu yang jauh, tetapi tumbuh daripada luka-luka yang diserahkan kepada Tuhan.

Stigmata yang diterima Sto Fransiskus bukan sekadar tanda ajaib, tetapi lambang jiwa yang benar-benar telah disatukan dengan Kristus yang tersalib. Di hadapan relik orang kudus, umat diajak bertanya: sudahkah aku mengasihi Kristus sampai ke akar jiwaku?

Pada malam kedua, umat berkumpul di Sacred Heart Cathedral, untuk Vigil Doa dalam keheningan, renungan dan persaudaraan disertai berkat relik Sto Fransiskus. Vigil itu bukan tentang kata-kata yang banyak, tetapi hati yang hadir dengan jiwa yang berhenti sejenak daripada kebisingan hidup dan berbisik: “Tuhan, aku di sini, jadikanlah aku alat damaiMu.” Inilah kelahiran sejati setiap persidangan rohani bukan bermula di dewan, tetapi di dalam bilik doa hati manusia.

Kemuncak program itu menyatukan umat dalam persidangan sepanjang hari, dari jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang, dengan Misa Kudus pengutusan yang dipimpin oleh Uskup Agung John Wong.

Antara penceramah di dalam persidangan itu ialah Friar Moses Yap, OFM dan Friar Gerald Terence, OFM. Sesi pertama yang di sampaikan oleh Friar Moses Yap, OFM bertajuk “Why Francis Still Matters After 800 Years”, membuka mata hati bahawa lebih lapan abad telah berlalu, namun pesanan Sto Fransiskus tetap bernafas segar.

Dunia yang mencari kuasa, kemewahan dan kemasyhuran masih memerlukan saksi seseorang yang memilih kemiskinan, kerendahan hati dan kasih kepada semua makhluk ciptaan Tuhan. Panggilan Fransiskus berakar dari perjumpaan Kristus melalui Injil peribadi dengan Kristus yang menjelma dalam cinta kepada sesama, alam, dan kehidupan secara keseluruhan.

Fransiskus memilih hidup dalam kesederhanaan, persaudaraan, kedamaian, serta kepeduliaan terhadap seluruh ciptaan. Sto Fransiskus dari Assisi; saudara bagi semua digambarkan dengan tanda stigmata (luka salib di tangan, kaki, dan perut kanan sisi tubuh), seekor burung di tangannya, dan latar tanaman yang subur adalah simbol keharmonian dengan alam ciptaan. Stigmata bukan sekadar keajaiban yang menakjubkan; ia adalah tanda bahawa hidup seseorang telah sepenuhnya dimiliki oleh Kristus yang tersalib.

Sesi Kedua yang disampaikan oleh Friar Gerald bertajuk ”Franciscan Spirituality for the Modern World”, membawa renungan ke dalam realiti harian: keluarga, pekerjaan, masyarakat dan keputusan-keputusan kecil yang kita buat setiap hari.

Kekudusan tidak menuntut kita meninggalkan dunia; kekudusan menuntut kita menguduskan dunia daripada tempat kita berdiri. Percakapan rohani mengajar kita satu kemahiran rohani yang jarang dipraktikkan iaitu mendengar.

Umat diajak mendengar suara Tuhan yang sering berbicara melalui saudara-saudari di sisi kita. Fransiskan sekuler secara istimewa, dipanggil menghayati Injil dalam keluarga, pekerjaan, Gereja, dan masyarakat kemudian membawa pengalaman hidup tersebut kembali menjadi kesaksian Injil.

Keluarga Fransiskan, bukan sekadar sebuah ordo atau jemaah rohani, malah sebuah jaringan persaudaraan yang menjangkau biara, keluarga, pendidikan, rumah sakit, dan lingkungan hidup Umat tidak pulang sebagai penonton, tetapi sebagai utusan. Sebagaimana Sto Fransiskus pernah berkata kepada saudara-saudaranya: ”Pergilah, beritakanlah Injil; jika perlu, gunakan kata-kata” demikianlah umat diutus pulang untuk menjadi Injil yang hidup di rumah, di tempat kerja dan di tengah masyarakat.