Ahli CSG bergambar bersama Fr Gilbert Marcus selepas Misa Kudus

Oleh Adam Ginajim

Dis 5 2023

PENAMPANG – Pada 24-26 Nov 2023 lalu, CSG-UMS telah menganjurkan satu program iaitu Malam Seribu Kenangan (MSK) bertempat di St Aloysius, Limbanak.

Program MSK ini telah disertai oleh 18 orang peserta dan 54 orang ahli jawatan pelayanan (AJP).

Catholic Student Group – Untuk Melayani Sesama (CSG-UMS) merupakan satu komuniti bagi pelajar Katolik yang ingin meneruskan pelayanan mereka sambil melanjutkan pengajian di kampus UMSKK.

Presiden CSG-UMS bagi sesi 2023/ 2024 kini dijawat oleh Ceron Ezra Yangun, pelajar tahun 4 yang berasal dari Tambunan.

Program ini bertujuan untuk meraikan serta menghargai usaha dan kerja keras setiap bakal alumni CSG-UMS dalam komitmen serta pelayanan mereka sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang ahli CSG-UMS sepanjang pengajian mereka dalam UMS.

Diharapkan agar bakal para alumni akan mendapat dorongan serta semangat dalam meneruskan perjuangan kehidupan, kerjaya dan pelayanan mereka di masa hadapan melalui program tersebut.

Selain itu, program MSK itu juga adalah untuk menguatkan jalinan persahabatan antara juniors dan seniors serta mengkukuhkan lagi slogan yang selalu digunakan iaitu “Once CSG, Always CSG” dimana tidak kira juniors atau alumni, komuniti CSG senantiasa terbuka kepada semua.

Oleh itu, MSK diadakan bagi mengingatkan mereka bahawa rakan CSG-UMS akan sentiasa ada untuk menguatkan dan menyokong mereka kerana kasih Yesus yang besar hadir melalui setiap peribadi rakan-rakan CSG-UMS. Dengan itu, program MSK membantu dalam peneguhan iman bakal alumni.

Tambahan lagi, pendaftaran MSK bukan sahaja dibuka kepada bakal alumni, malahan juga akan dibuka kepada semua pelajar CSG-UMS yang terbuka hati untuk mengikuti MSK.

Seterusnya, program itu juga membantu dalam merapatkan hubungan antara seniors dan juniors agar jurang perhubungan antara mereka dapat dikurangkan.

Akhir sekali, diharapkan bakal para alumni mendapat inspirasi dan dorongan untuk meneruskan perjalanan kerjaya serta pelayanan mereka menggunakan semua pengalaman yang telah mereka perolehi sepanjang pelayanan sebagai pelajar dan ahli CSG-UMS.