Oleh Andreas Minjun (KOMSOS Domestik) (Gambar: Komiti Warden Zon Magatang)
Aug 17 2023
KENINGAU – Rekoleksi Pelayan Umat (Warden) Paroki KSFX dihadiri seramai 688 peserta yang diadakan di Gereja St Paulus, KUK Luanti Baru, Keningau pada 15 Jul lalu.
Rekoleksi bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ceramah yang bertajuk “Kerohanian Pelayan Umat/Warden” yang disampaikan oleh Patrick Marius, Pengerusi PPK Keningau diikuti ceramah kedua yang bertajuk “Peranan dan Tanggungjawab Pelayan Umat/Warden” yang disampaikan oleh John Lainsin, Pengetua PPK Keningau.
Misa Kudus dan Pengukuhan Komitmen Pelayan Umat/Warden dipimpin oleh Fr David Gasikol merupakan kemuncak rekoleksi ini.
Ucapan penutup rekoleksi disampaikan oleh Romanadus Philip, Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Zon Luanti Baru, Keningau. Beliau mengucapkan tahniah dan selamat melayani kepada semua Pelayan Umat/Warden yang hadir serta memperbaharui komitmen mereka.
Beliau berterima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan rekoleksi itu.
Penganjur Rekoleksi Pelayan Umat (Warden) Paroki KSFX pada tahun 2024 adalah Zon Minawo.
Sumber: Facebook KSFX
Fr David Gasikol bergambar bersama beberapa peserta rekoleksi