Para peserta yang menghadiri retret tahunan OFS
Oleh Juliana Ringgingon
Oct 21 2023
KIULU – Lebih dari 300 peserta Ordo Fransiskan Sekular (OFS) menghadiri retreat tahunan pada 11-13 Ogos 2023. Pilihan tema tahun ini adalah berbuah dan menjadi berkat, berobjektifkan semua ahli OFS disegarkan kembali oleh curahan berkat Tuhan dalam hidup mereka.
Semua ahli OFS lebih yakin dalam panggilan mereka untuk berbuah dan menjadi berkat bagi orang lain. Semua ahli OFS menghargai kebersamaan dalam keluarga besar Fransiskan di Sabah.
Aturcara dimulakan dengan perayaan ekaristi yang dipimpin oleh Friar Valentine Gompuk OFM Cap sekaligus menjadi penceramah untuk retreat tahunan. Sikap apakah yang ingin diubah terhadap diri sendiri agar menjadi berkat bagi orang lain? Apa langkah permulaan untuk menangani sikap buruk ini? Kita semua pastinya memiliki kebajikan dalam diri kita. Kongsikan kebajikan apakah yang telah anda latih selama ini dan bagaimana proses latihannya?
Inilah antara sesi renungan yang diajukan kepada setiap kelompok dalam sesi perkongsian, Fransiskan Joy adalah antara sesi yang di nantikan oleh setiap perwakilan faternity OFS. Persemabahan ini mengikuti kreativiti masing-masing,seperti tarian, nyanyian dan drama pendek.
Kali ini persembahan fraternity dari Tuaran ialah nyanyian dengan tajuk ”Hidup ini adalah kesempatan” diikuti dengan bahasa isyarat yang dipimpin oleh Adrian yang berpengalaman belajar bahasa isyarat.
Program diakihiri dengan doa penutup dan nyanyain oleh Frair Valentine yang sangat bersemangat dan bermakna.
“Jangan takut, fokus pada Tuhan bukan pada masalah dan tetap berharap pada Tuhan,” antara pengisian dalam homili ketika Misa Pengutusan.
Tuan rumah bagi retret tahunan pada tahun hadapan ialah Katedral Hati Kudus, Kota Kinabalu.