Compiled by Christina David

June 20 2020

Ekologi Budaya oleh Christina David

Perjuangan merawat Ibu Bumi dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Namun, ianya memerlukan penglibatan dan komitmen kita bersama. Salah satu kaedah yang boleh kita praktikkan adalah mempelajari Konsep Gompiguno (Guna dan Jaga).

Konsep Gompiguno adalah salah satu pengetahuan yang diwariskan oleh nenek moyang kepada kita. Ia adalah salah satu amalan yang digunakan oleh masyarakat orang asal khususnya untuk memastikan alam sekeliling kita terjaga dan terpelihara secara berterusan untuk generasi yang akan datang.

Christina David, menghargai alam sekeliling adalah salah satu cara kita menjaga bumi.

Masyarakat orang asal memahami bahawa terdapat had tertentu dalam pengambilan sumber alam kerana mereka hanyalah penjaga kepada alam ini.  Konsep menghormati dan menjaga alam juga didasari dengan kepercayaan tradisional nenek moyang bahawa setiap benda di dunia ini mempunyai semangat.

Sumber alam seperti tanah, hutan, sungai dan hidupan liar merupakan sumber kehidupan bagi komuniti tempatan. Pengambilan sumber secara tidak terkawal contohnya mengambil ikan dengan menggunakan bom, memusnahkan hutan atau mengambil sumber tanpa kawalan akan menyebabkan kepupusan kepada spesies-spesies hidupan di muka bumi.

Oleh itu, sebagai menyahut seruan Bapa Suci Francis dalam Laudato Si, kita harus bersama-sama mempelajari amalan dan pengetahuan nenek moyang seperti konsep guna dan jaga (gompiguno) untuk memastikan sumber alam digunakan secara lestari.

Lihat video gompiguno yang diamalkan oleh masyarakat Kadazan Dusun di daerah Penampang.