Komisi SOCCOM Keuskupan Sandakan semasa mesyuarat komisi pada 3 Jun melalui Zoom

Oleh Catholic Sabah (Sumber: Diocese of Sandakan)

June 15 2022

SANDAKAN – Uskup Julius Gitom menyeru Komisi Komunikasi Sosial Keuskupan Sandakan (SOCCOM) untuk mengaktifkan penggunaan website keuskupan bagi mengongsikan berita-berita gereja.

Uskup Julius juga menyeru setiap paroki di bawah keuskupannya agar aktif menyumbangkan berita-berita paroki untuk dikongsi bersama umat di dalam website tersebut.

Harapannya ini disampaikan oleh Fr Simon Kontou, Pembimbing Rohani SOCCOM Keuskupan, semasa mesyuarat komisi pada 3 Jun, jam 7.30 malam melalui Zoom.

Fr Simon sendiri menggalakkan Komiti Komunikasi Sosial di setiap paroki agar mengambil peranan aktif untuk memperkenal dan mempromosikan website ini kepada para umat, seterusnya melanggan Newsletter keuskupan secara percuma, untuk menerima artikel berita-berita baharu.

Umat boleh melanggan Newsletter, Diocese of Sandakan dengan mengisi alamat emel di ruang yang tersedia di dalam website www.dioceseofsandakan.org.

Pada mesyuarat tersebut juga Fr Simon membubarkan Komisi Komunikasi Sosial Keuskupan Sandakan (KKSK) sesi 2019-2021 dan memberi laluan kepada pemilihan AJK baharu sesi 2022-2025.

Barisan AJK KKSK Sandakan bagi sesi 2022-2025 adalah seperti berikut:

PENAUNG:
Rt Rev Datuk Julius Dusin Gitom, DD – Uskup, Keuskupan Sandakan

PEMBIMBING ROHANI:
Fr Simon Kontou

PENGERUSI:
Sdri Euthalia Chong @ Jihan – Paroki Katedral St Mary, Sandakan

TIMBALAN PENGERUSI:
Sdra Javy Jimmy – Paroki St Martin, Telupid

SETIAUSAHA:
Sdri Delsie Ivy Didacius – Paroki St Martin, Telupid

PEMBANTU SETIAUSAHA:
Sdra Jonathan Jimmey – Paroki Katedral St Mary, Sandakan

AHLI KOMITI:
Sdra Romeo Francis – Paroki Katedral St Mary, Sandakan

Sdra Jerome Lim – Paroki Holy Trinity, Tawau
Sdra Joel Monasque – Paroki Holy Trinity, Tawau
Sdra John Wong Tzu Kim – Paroki Holy Trinity, Tawau

Sdra Fernandes Siprianus – Paroki St Dominic, Lahad Datu
Sdra Dominggus Pati Hendrikus – Paroki St Dominic, Lahad Datu
Sdra Jaymar Amarille – Paroki St Dominic, Lahad Datu

Sdra Maldinew Elixius – Paroki St Martin, Telupid

Sdra Matthew Kiun @ Geoffrey – Paroki Our Lady of Fatima, Beluran
Sdra Selwyn S. Ho – Paroki Our Lady of Fatima, Beluran

Fr Simon juga mengucapkan tahniah kepada semua yang baru dipilih untuk memegang jawatan tertinggi AJK KKSK Sesi 2022-2025. Fr Simon berkata, “Terima kasih kepada semua terutama sekali yang sanggup menerima peranan sebagai pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan pembantu setiausaha. Saya menyeru agar yang lain memberi sokongan dan kerjasama demi memajukan website kita dan selamat melayani di Ladang Tuhan.”