Para penziarah bergambar bersama Senior citizen
Oleh Kenlorenson Nam, Koordinator Tim Pelayanan Belia Zon Limbanak
Apr 8 2024
LIMBANAK, Penampang – Ziarah Tim Pelayanan Belia Zon anjuran Tim Pelayanan Belia Zon (TPBZ) St.Aloysius Limbanak bertempat di Holy Family Residence for Senior Citizens (Pace Bene) Papar diadakan pada 23 Mac 2024 sempena musim Prapaskah .
Seramai 16 ahli Tim Pelayanan belia juga disertai oleh beberapa wakil daripada pastoral Zon Limbanak terlibat secara langsung atas program Ziarah dan Derma itu yang bertujuan meringankan beban para sister dari segi kos penyediaan barang-barang dapur untuk keperluan warga emas.
Gambar peserta ziarah di kaki lima Holy Family Residence
Melalui ziarah itu, Belia zon Limbanak berharap agar program itu membina satu hubungan akrab dalam kalangan para peserta khususnya untuk bersama-sama dengan para sister dan juga penghuni di sana.
TPBZ juga ingin memberikan pendedahan kepada umat di Zon Limbanak khususnya tentang kepentingan menjalankan aktiviti kebajikan yang boleh membawa impak yang positif terhadap orang lain yang kekurangan.
Pungutan derma itu telah dijalankan seminggu sebelum program ziarah kepada umat gereja di Zon Limbanak ini. Hasil daripada pungutan derma tersebut sebahagiannya adalah berbentuk barang masakan.
Kenlorensom Nam menyampaikan cendera kenangan kepada Sr Clare
Program diawali dengan doa sebelum perjalanan ke Papar. Setibanya di Holy Family Residence, belia diberi taklimat oleh Sr Clara, fsic. Aktiviti seterusnya TPBZ memberikan beberapa persembahan lagu puji-pujian sambil bersuai kenal dengan para penghuni rumah itu .
Berikut adalah perkongsian salah seorang belia yang mengikuti ziarah ini:
Selepas mendengar taklimat daripada Sr Clara, kami dibawa untuk mengunjungi sekitar kawasan rumah orang-orang tua tersebut. Di situ ada ramai orang tua. Ada orang tua yang sihat dan ada orang tua yang kurang sihat. Mereka begitu terharu dengan kehadiran kami.
Aktiviti menziarah dan menderma ini memberikan saya suatu perasaan yang penuh kesyukuran kerana begitu ramai sekali umat gereja yang telah memberikan sumbangan ikhlas dalam bentuk wang tunai dan juga barang-barang untuk kemudahan para sister dan juga warga emas. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kami juga dapt mengeratkan silaturahim antara sesama kami.
Sebelum bertolak pulang, kami bergambar bersama-sama dengan warga tua sebagai kenangan. Saya gembira dan berpuas hati kerana berpeluang menyertai lawatan itu. Saya berharap agar dapat menyertai lagi lawatan yang serupa di masa akan datang.