
Oleh PZ
KOTA KINABALU – Gereja Katolik, walaupun membenarkan pembakaran mayat seperti yang dinyatakan dalam Undang-undang Kanun (CC1176 §3), ia tetap mengesyorkan adat pengebumian yang lazim.
Di Sabah, pematuhan kepada tradisi ini bermakna pembakaran mayat masih asing bagi komuniti Katolik. Kawasan tanah perkuburan yang semakin berkurangan kini memaksa paroki untuk mempertimbangkan pembinaan kolumbarium. Struktur-struktur ini, yang menempatkan petak atau ruang untuk sisa-sisa abu mayat, telah menjadi pilihan terakhir.
Komuniti Katolik Limbanak, sebagai contoh, hanya meneroka pilihan ini selepas ruang tanah perkuburan mereka yang sesuai telah penuh. Cadangan itu hampir ditolak kerana pantang larang adat tempatan yang masih kuat mengenai pembakaran mayat, tetapi melalui pujukan dan dialog berterusan, masyarakat perlahan-lahan menerimanya, yang membawa kepada sumbangan untuk pembinaan bangunan. Paroki Katedral Hati Kudus telah mengikut jejak atas sebab yang sama, dan penyedia perkhidmatan pengebumian komersial juga aktif mempromosikan perkhidmatan kolumbarium.
Bagi Gereja Katolik, keutamaan adalah pengebumian tradisional bagi umat beriman. Walau bagaimanapun, pembakaran mayat dibenarkan dalam keadaan tertentu, seperti kekurangan tanah perkuburan, wasiat si mati, atau pertimbangan sosial dan ekonomi. Pendirian ini diperincikan dalam dokumen Ad resurgendum cum Christo, yang menyatakan bahawa pengebumian adalah cara terbaik untuk menyatakan iman kepada kebangkitan badan dan dianggap sebagai aktiviti kabajikan belas kasihan. Namun, apabila pembakaran mayat manjadi pilihan, Gereja menetapkan bahawa ia tidak boleh bercanggah dengan hasrat si mati yang boleh disimpulkan secara munasabah.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 68 No 21 bertarikh Nov 2 2025.











































