
Herald Malaysia
PULAU PINANG – Penginjilan di Asia adalah “bercerita, bukan menakluki,” kata Kardinal Pablo Virgilio S. David, naib presiden Federasi Konferensi para Uskup Asia (FABC), kepada para peserta “The Great Pilgrimage of Hope” pada Nov 29.
Prelatus itu menggesa umat Kristian untuk berkongsi kisah Yesus melalui pengalaman hidup bukannya melalui paksaan atau usaha memurtadkan.
Kardinal Pablo berkata umat Katolik Asia mesti belajar untuk mengenali Yesus seperti yang dilakukan oleh dua murid di jalan ke Emaus — melalui pertemuan, ingatan dan kemanusiaan bersama.
Prelatus dari Filipina itu berkata Yesus “berjalan bersama sebagai orang asing, dan berjalan bersama kita hari ini,” sambil menambah bahawa kisah penebusan “berterusan dalam kehidupan kita dan melalui kesaksian kita.”
Kardinal Pablo berkata kongres itu merupakan sebahagian daripada perjalanan rohani yang lebih panjang menuju tahun 2033, ulang tahun ke-2000 Sengsara, Kematian dan Kebangkitan Yesus.
Katanya, “Acara ini menjemput Gereja untuk menemui semula kuasa penceritaan sebagai bahasa misionari yang unik di Asia.
Asia telah lama memahami kuasa pembentukan cerita,” kata Kardinal Pablo sambil mengingatkan warisan Asia yang kaya dengan epik, mitos, lagu, tarian, legenda dan perumpamaan.
Beliau menekankan bahawa di Asia, penginjilan “tidak lagi” memaksa seseorang untuk menerima Yesus. Kardinal Pablo, cara ini telah dilakukan pada masa lalu, dan akibat kesilapan ini, Gereja menanggung akibatnya.
“Asia bukan mengenai benua katedral besar. Ia adalah benua yang memilki cerita-cerita hebat — tentang keharmonian, belas kasihan, keramahan, ketahanan dan harapan,” katanya. – Herald Malaysia













































