
Oleh Jennifer Tining
KOTA BELUD – Komiti Katekatikal Chapel St Hilary Timbang, di bawah jagaan Paroki St Edmund, Kota Belud, mengadakan aktiviti untuk anak-anak Pertemuan Minggu Gembira (PMG) sempena cuti kelas dan sambutan Krismas pada 21 Dis 2025.
Antara aktiviti yang diadakan selepas ibadat ialah mewarna, isi air dalam botol, lari bawa pingpong, kuiz alkitab, membuat rantai terpanjang dan membuat palungan tiga dimensi (3D).
Anak-anak begitu gembira melakukan setiap aktiviti dan di sini kita dapat melihat kreativiti dan bakat anak-anak PMG kita.
Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus mengikuti kelas PMG pada tahun seterusnya.











































