
Oleh Seminarian Robert Lee
BUNDU TUHAN Retreat Centre (BTRC) menjadi pusat penganjuran Seminar Panggilan Menjadi Paderi Keuskupan yang berlangsung pada 16-18 Jan 2026. Seminar Panggilan yang bertemakan, “Aku di sini datang melakukan kehendakMu”. Keseluruhan kehadiran ialah seramai 226 orang termasuklah Uskup Agung John Wong, lima paderi, Diakon Brywinedren, 30 seminarian dan tujuh orang aspiran. Jumlah peserta yang mengikuti seminar itu ialah 182 orang, iaitu 103 peserta dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu, 63 dari Keuskupan Keningau, dan 16 peserta dari Keuskupan Sandakan.
Dalam Misa pembukaan, Uskup Agung mengajak para peserta memberi peluang kepada Tuhan dan diri sendiri untuk menyahut panggilanNya dalam pelayanan Tuhan. Beliau menegaskan agar para peserta tidak menunggu terlalu lama, kerana Tuhan sentiasa memanggil setiap orang dalam kehidupan seharian. Beliau juga menggalakkan para peserta supaya terus membuat refleksi dan renungan dalam setiap sesi agar dapat mengenal panggilan Tuhan dan tidak terpengaruh dengan panggilan dunia, sambil mengingatkan bahawa setiap keuskupan masih kekurangan paderi.
Melalui Injil tentang seorang lumpuh yang dibawa oleh empat orang kawannya kepada Yesus, para peserta diingatkan tentang pentingnya ketekunan, pengorbanan dan sokongan sesama. Walaupun menghadapi pelbagai halangan, mereka tetap berusaha sehingga orang lumpuh itu dapat dibawa ke hadapan Yesus. Kisah ini mengajak semua peserta untuk sentiasa mendengar seruan Tuhan dalam kehidupan peribadi dan membiarkan diri dibimbing oleh Roh Kudus.
Pada tahun ini juga, Fr Gilbert Marcus telah mengambil alih tugas daripada Fr Isidore Gilbert dalam rumah pembentukan aspiran.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 69 No 3 bertarikh Feb 1 2026.








































