
Oleh Catholic Sabah
TUARAN – “Inilah aku, Tuhan; aku datang untuk melakukan kehendakMu” merupakan jawapan penuh penghayatan tiga sister; Sr Vanessa Julian, Sr Lea Mannel dan Sr Anna Andrew, ketika mereka dipanggil maju ke depan semasa Misa Upacara Pelafazan Kaul Kekal mereka di Gereja St John Tuaran pada 14 Feb 2026. Misa tersebut dipimpin oleh Uskup Agung John Wong.
Ketiga-tiga sister mengikrarkan kaul kekal mereka sebagai anggota Franciscan Sisters of the Immaculate Conception atau dikenali sebagai FSIC.
Sr Vanessa Julian, berasal dari Sandakan, bersekolah di SM St Cecilia dan kemudian menyambung pelajaran matrikulasi di Labuan. Dia memperoleh Diploma Kejururawatan dari Kolej Kejururawatan Sandakan yang melayakkannya sebagai jururawat terlatih. Sebelum memasuki hidup religius, beliau berpengalaman selama empat tahun bekerja di Hospital Duchess Kent, Sandakan. Beliau memasuki Postulan pada 2018 dan mengikrarkan Kaul Pertama pada 2021.
Penempatan pertamanya adalah di Konven Stella Maris (rumah untuk para sister senior), diikuti dengan penempatan pastoral di Konven St Anthony, Tenom. Pada 2025, beliau memasuki Konven Greccio untuk persiapan setahun sebelum mengikrarkan Kaul Kekalnya. Sebagai jururawat terlatih, beliau kini sekali lagi ditempatkan di Konven Stella Maris untuk menjaga para sister yang telah lanjut usia.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 69 No 5 bertarikh Mac 1 2026.

















































