
Oleh Leanne David
SUGUD, Penampang – Pada 3 Jun 2025, Komiti Soccom Paroki St Michael, Penampang mengadakan program Jelajah Kreatif Bersama Kristus Siri-1 di Gereja Assumption of Our Lady Sugud.
Seramai 45 umat Tuhan terdiri dari Komiti Soccom dan orang muda Katolik (OMK) cluster zon Sugud, Limbanak dan Maang berkumpul untuk menjayakan program tersebut.
Program ini membawa para peserta untuk lebih mendalami peranan-peranan pelayanan melalui media.
Selain itu, program itu juga mengajak golongan OMK dalam semangat sinodaliti untuk bergiat aktif dalam pelayanan Sosial Komunikasi di gereja seiring dengan suasana di era kemajuan teknologi.
Seterusnya untuk menggunakan kelebihan generasi muda-mudi melalui kecelikan kreatif mereka dengan membantu secara efektif untuk mencapai umat di semua peringkat umur dalam menyampaikan maklumat kerana semua golongan kini yang lebih cenderung berkomunikasi di corong media sosial.
Antara sesi yang disampaikan adalah peranan OMK dalam Pelayanan serta Kelebihan dan Kepentingan OMK dalam media.
Pihak penganjur berharap, melalui program tersebut lebih ramai belia dapat bersama-sama belajar dan mengenali iman Katolik melalui media serta menyebarkan khabar cinta kasih Yesus di seluruh dunia menggunakan teknologi yang kini semua ada di hujung jari.