
Oleh Herald Malaysia
PAPAR – Sepuluh orang penziarah dari Singapura, tertarik dan kagum dengan kesatuan umat Katolik tempatan, semasa mereka berada di Keuskupan Agung Kota Kinabalu pada awal September lalu.
Sepuluh orang penziarah itu berada di Kota Kinabalu hampir sebulan untuk berziarah dan melakukan kerja-kerja misi. Mereka juga melawat beberapa paroki bersama Msgr Nicholas Stephen dan paderi lain.
Semasa melawat Gereja St Sabina, Kampung Titimboungon, sebuah stasi luar di bawah jagaan paroki Holy Rosary Limbahau, para penziarah itu mengalami keindahan persaudaraan apabila disambut meriah dengan tarian dan muzik tradisi.
Msgr Nicholas dalam homilinya menyeru para belia agar meneruskan semangat persahabatan dan menyantuni mereka yang lebih berusia. Beliau juga mengajak umat untuk mengunjungi Perjalanan Salib yang ketika itu berada di paroki Limbahau. – Herald Malaysia