Katedral St. Francis Xavier Jeonju, Korea Selatan kelihatan dalam imej fail ini. Keuskupan itu telah memecat seorang exsorsis Katolik kerana melanggar doktrin Katolik. (Foto: Berita UCA)
Apr 20 2023
JEONJU – Keuskupan Jeonju di Korea Selatan telah memecat seorang exsorsis Katolik kerana didakwa melanggar doktrin Gereja Katolik dan menerima hadiah termasuk wang daripada umat Katolik untuk upacara pengusiran, kata satu kenyataan rasmi.
Raphaella Um Ok-soon telah dilucutkan berikutan laporan daripada mangsa dan permintaan untuk siasatan, kata satu dekri yang ditandatangani oleh Uskup John Kim Son-tae dari Jeonju.
Dekri bertajuk ‘Decree on Sanctions for Excommunication of Um Ok-soon (Raphaella)’ telah diterbitkan di laman web keuskupan pada 18 April.
Uskup Kim berkata selain memecat Um, keuskupan telah membentuk dua badan – Jawatankuasa Penyiasatan Khas Keuskupan dan Tribunal Kerjasama Keuskupan – untuk menyiasat dakwaan itu.
Berikutan siasatan awal, keuskupan mendapati Um Ok-soon mengadakan pertemuan doa peribadi selama beberapa tahun (2003-2022) dan mengamalkan “iman menyimpang” dengan menerima hadiah (wang) dengan alasan “menyembuhkan keluarga” dan “doa peribadi ,” yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik, kata dekri itu.
Perintah pelucutan itu dikeluarkan untuk melindungi umat beriman daripada “perbuatan penyelewengan iman” yang serupa.
“Kami telah menyediakan ‘Garis Panduan Pastoral’ untuk memastikan bahawa paderi dan umat Keuskupan Jeonju mematuhinya,” kata Uskup Kim.
Beliau berkata memandangkan para mangsa datang dari enam keuskupan (Seoul, Daejeon, Incheon, Suwon, Cheongju, dan Jeonju) Keuskupan Jeonju memberitahu semua keuskupan tentang kejadian itu untuk kebaikan umat.
Tindakan daripada Keuskupan Jeonju itu berlaku ketika pergerakan kultus Kristian yang kontroversial di Korea Selatan menjadi perhatian umum berikutan penyiaran drama Netflix bulan lepas.
Siri lapan episod itu mempersembahkan empat pemimpin kultus agama Korea – Jeong Myeong-seok dari Christian Gospel Mission, lebih dikenali sebagai Jesus Morning Star (JMS); Park Soon-ja dari Gereja Odaeyang; Kim Ki-soon dari Gereja Baby Garden; dan Lee Jae-rock dari Gereja Pusat Manmin. Pemimpin kultus telah mendakwa diri mereka sebagai “mesias” atau penyelamat umat manusia.
Siri ini dilaporkan menunjukkan aktiviti haram pemimpin kultus termasuk penipuan dan eksploitasi seksual, mencetuskan kekecohan di seluruh negara dan mengakibatkan tindakan polis. – UCA News (Terjemahan oleh CS)