
Oleh Joshua Jerome Robert
PULAU PINANG – Kumpulan Pembaharuan Karismatik Shekinah Glory (SGRG), sebuah kumpulan Pembaharuan Karismatik Katolik rentas paroki di bawah Keuskupan Pulau Pinang, baru-baru ini menganjurkan Konferensi Lelaki Katolik selama dua hari di Gereja Nativity of the Blessed Virgin Mary, (NBVM) di Butterworth.
Konferensi yang dianjurkan sempena Tahun Jubli Harapan mengangkat tema “Kita mempunyai harapan ini sebagai sauh kepada jiwa kita” (Ibrani 6:19a).
Seramai 50 peserta lelaki dari tujuh keuskupan di seluruh Malaysia, serta Keuskupan Agung Tokyo, menyertai acara tersebut.
SGRG bertuah kerana tiga penceramah terkemuka telah hadir untuk menyampaikan sesi dalam konferensi itu iaitu Msgr Bruno Cosme MEP, dari Kemboja; Fr Adrian Adiredjo OP, dari Indonesia; dan Jude Antoine, penasihat rohani SGRG dari Malaysia.
Konferensi Lelaki Katolik dimulakan dengan Misa pembukaan yang dipimpin oleh Kardinal Sebastian Francis, Uskup Pulau Pinang.
Dalam salah satu sesi, Iron Sharpens Iron, yang disampaikan oleh Jude Antoine telah membuka mata ramai peserta bahawa lelaki cenderung ‘menyembunyikan’ emosi dan kekecewaan mereka kerana takut kelihatan lemah.
Jude mengingatkan para peserta bahawa memendam kemarahan dan kemaafan boleh membawa akibat yang jauh le-bih serius kepada kesihatan.
Beliau menggesa lelaki itu untuk melepaskan kemarahan dan memaafkan mereka yang telah menyakiti hati mereka.
Persidangan itu diakhiri dengan Misa Pengisian Roh Kudus, yang dipimpin oleh Msgr Bruno dan Fr Adrian.
Sepanjang konferensi, penyembuhan dapat dilihat apabila para peserta selesa untuk membuka diri dan memperlihatkan kelemahan serta kerisauan mereka dalam kalangan rakan sebaya mereka.
“Konferensi Lelaki adalah pertemuan yang tepat pada masanya sebagai keluarga Kristus, bersama-sama dengan saudara lelaki Kristian kita.
Konferensi ini memang memberi inspirasi dan menyedarkan saya agar berkongsi pengalaman hidup dengan sesama, belajar antara satu sama lain dan terbuka tentang perjuangan kita sebagai sesama manusia. Konferensi ini adalah sesuatu yang sangat diperlukan pada masa ini,” kata Joshua salah seorang peserta dari Gereja Nativity of the Blessed Virgin Mary, Pulau Pinang. – Herald Malaysia