
Oleh Nodjor Andreas/Soccom
KOPUNGIT – Seramai 65 ahli Liga Wanita Katolik dari St Thomas More, Kepayan dan St John the Baptist, Kopungit bergabung meraikan Hari Wanita Sedunia di Gereja St John the Baptist pada 8 Mac 2026.
Ramai yang hadir dengan memakai busana berwarna kehijauan sesuai dengan tema sambutan Hari Wanita di Keuskupan Agung Kota Kinabalu iaitu “Wanita dan Ekologi”.
Acara dimulakan dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh paderi paroki, Fr Rhobby Mojolou. Seterusnya diikuti dengan pelbagai aktiviti rohani dan acara santai di mini dewan gereja.
Persembahan daripada Liga Wanita Kepayan dan Kopungit turut memeriahkan suasana.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Majlis Pastoral Paroki (MPP) Kopungit, Wilson dan ahli-ahli MPP yang lain.
Suasana penuh kegembiraan, kebersamaan dan keceriaan jelas dirasai oleh semua yang hadir.
Acara berakhir sekitar jam 2.30 petang.













































