
BUKIT PADANG – Seramai 650 ahli Legion of Mary (LOM) dari Sabah, Sarawak dan Brunei hadir dalam perayaan Misa Kudus kesyukuran sempena sambutan ulang tahun penubuhan ke-75 LOM di Sabah yang diadakan di Church of Mary Immaculate pada 20 Sept 2025.
Misa Kudus dipimpin oleh Uskup Agung John Wong. Turut hadir dalam Misa tersebut adalah paderi dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu iaitu Fr Lasius Gantis selaku penasihat rohani LOM, Fr David Sham, Fr Gilbert Marcus, Fr Mattheus Luta, Diakon Canisius Benjamin dan Fr Jomari Amores dari Brunei Kuria serta religius sister dari kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception dan umat di sekitar.
Selepas Misa, kemudiannya beralih ke Putera Grand Ballroom, Bukit Padang untuk majlis makan tengahari dan ramah mesra.
Dalam ucapan pembukaan oleh Michael Wong selaku pengerusi penganjur kepada majlis sambutan tersebut, dia menzahirkan rasa kesyukuran kepada ahli LOM yang terdahulu dan sekarang atas pengorbanan masa dan tenaga mereka dalam membentuk bukan sahaja iman, tetapi juga memperkukuhkan lagi semangat LOM dalam paroki mereka. Dia juga berharap agar melalui sambutan ulang tahun ke-75 itu memberi inspirasi kepada ahli-ahli untuk terus berjalan bersama Bonda Maria dan bersama-sama membina masa depan yang cerah khususnya untuk LOM di Sabah.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 68 No 19 bertarikh Oct 5 2025.