
Oleh SOCCOM
DONTOZIDON – Memandangkan Gereja St Paul yang kini berusia 55 tahun tidak lagi dapat menampung kapasiti umat yang semakin bertambah di paroki ini, maka, tim penganjur pencarian dana paroki itu berusaha mencari dana untuk kegunaan Pembangunan gereja baharu. Antara usaha yang mereka jalankan termasuklah tamu sangadau, mini tamu bazaar, cabutan tiket bertuah, majlis makan malam amal dan banyak lagi.
Pada 6 Julai 2025, tim penganjur dana telah mengadakan majlis makan malam amal bertempat di Putera Ball Room, Bukit Padang. Majlis itu mendapat sambutan yang sangat memuaskan di mana lebih 1000 umat hadir memberi sokongan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Uskup Agung John Wong, Msgr Nicholas Stephen, Paderi Paroki Fr Paul Lo dan beberapa paderi serta religius yang lain.
Selain pemimpin gereja, ianya juga turut dihadiri oleh beberapa orang politik, wakil-wakil dari paroki-paroki dan komisi-komisi di bawah naungan Diosis Kota Kinabalu.
Bertemakan warna keberanian, merah menyala dan disatukan perayaan pesta penaung Santo Paulus menjadi tema pilihan pada majlis makan malam amal tersebut.
Acara dimulakan dengan perarakan masuk di pintu utama dewan yang diiringi oleh para penari Sumazau dari Junior LOM. Satu lagi tarian sambut tamu iaitu tarian rampaian oleh belia St Paul sebagai pembuka tirai dan mengalu-alukan kedatangan para tetamu.
Pengacara majlis, Rey Kimara yang mengamit suasana dewan dengan tepukan dan tawa ceria. Pengerusi Penganjur pencarian dana Gereja baharu St Paul Nagasiba, dalam ucapannya meluahkan perasaan syukur dengan kehadiran tetamu yang sangat menggalakkan. Anastasia berterima kasih pada Tuhan kerana menyokong aktiviti tersebut demi pembangunan St Paul Nagasiba gereja baharu yang akan di dirikan.
Demikian pula ucapan Paderi Paroki St Paul Dontozidon, Fr Paul Lo, berterima kasih di atas usaha dan kepercayaan para tim penganjur dan tetamu yang datang menyokong menjayakan majlis makan malam amal. Atas usaha yang gigih dan percaya kepada sesama dan berjalan seiring dengan visi dan misi telah mencapai kemuncak penganjuran makan malam amal tersebut. Sementara itu, Uskup Agung berbesar hati kepada semua yang hadir pada makan malam tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan. Uskup Agung menyeru agar kita semua menyokong pembangunan gereja baharu di mana ia akan membina sebuah keluarga suci untuk persekutuan umat dan pertubuhan rohani dan sumbangan yang diberikan walau nilai besar atau kecil akan mendekatkkan kita kepada impian ini.
Acara diteruskan dengan pemotongan kek sempena pesta penaung Santo Paulus yang turut disertai oleh ahli-ahli MPP, religius, pengerusi MPP Sacred Heart Catherdal dan Mary Immaculate Bukit padang.
Penasihat Rohani tabung dana pembangunan St Paul Nagasiba Fr Terans melakukan berkat doa makan dan hidangan di mulakan sejurus selesai doa makan. Makan malam amal tidak meriah jika tidak yang menarik perhatian, sesugguhnya Tuhan itu lebih mengenali bakat-bakat dari penyanyi dan penari maka pentas dewan diwarnai dengan pelbagai persembahan. Beberapa penyanyi terkenal seperti Datuk Francis Landong, Debra Siah telah diundang untuk menghiburkan umat dalam majlis itu.
Diakhir majlis tersebut, pengerusi MPP mengumumkan kutipan derma sampul yang di hulurkan dengan kemurahan hati dari para tetamu dan acara diakhiri dengan lagu semangat ‘Jangan Lelah’ sebelum Uskup Agung memimpin doa penutup.