Diakon Lasius memberikan sesi perkongsian semasa program Minggu Panggilan di Chapel St Michael Archangel Lokub pada 7 Mei
Oleh Angela S. Juanis
May 27 2022
KIULU – Dengan tema “Hendaklah kamu sehati sepikir, dalam satu kasih, satu tujuan” dari Filipi 2:2, paroki Kiulu telah mengadakan program sempena Minggu Panggilan di Chapel St Michael Archangel Lokub pada 7 Mei yang lalu.
Seramai 40 orang para belia dan ibubapa di Zon Lokub telah menghadiri program singkat ini yang telah dikendalikan oleh Sr Marysia, fsic dan Diakon Lasius.
Melalui program ini, mereka membawa para belia merenungkan maksud panggilan dalam kehidupan sebagai belia serta peranan ibu bapa dalam menyokong panggilan hidup anak-anak mereka.
Perkongsian oleh Diakon Lasius dan Sr Marysia telah memberi pendedahan awal tentang panggilan kepada muda mudi serta memupuk jalinan persaudaraan di antara ibubapa dan anak-anak sepelayanan dalam pelayanan gereja.
Diakon Lasius memfasilitasi salah satu aktiviti program, Sr Marysia memberikan sesi perkongsiannya
Ini merupakan aktiviti pertama di chapel St Michael Archangel yang diadakan secara bersemuka dengan umat selepas tempoh pandemik.
Diakon Lasius telah berkongsi erti panggilan untuk membantu para belia memahami panggilan Tuhan kepada muda-mudi. Di samping itu, dia juga berkongsi pengalaman hidup dari awal panggilannya sehingga dia ditahbis menjadi diakon.
“Setiap panggilan mempunyai cabaran namun bersama Tuhan segala cabaran yang datang pasti dapat dilewati, jangan mengandalkan kepada kekuatan diri kita sendiri sebagai manusia tetapi sentiasa meminta kekuatan dari Tuhan,” kata Diakon
Sr Marysia juga berkongsi tentang perjalanan hidupnya sebagai religius dan sejarah awal tentang kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC). Ini memberi pengetahuan kepada golongan belia tentang kehidupan FSIC sebagai religius.
Ronald Ladimin juga telah memberi perkongsian tentang panggilan kehidupannya di dalam hidup berkeluarga. Dia memberi anjakan minda kepada para belia untuk merenung panggilan dalam kehidupan mereka masa kini. Sebagai belia, mereka harus menghidupi panggilan tersebut dengan bantuan doa dan pelayanan dalam gereja kata Ronald.