
KOTA KINABALU – Sejak menandatangani Ikrar menjadi paroki ekologi pada Mac 18 lalu, Katedral Hati Kudus aktif dalam program-program memulihkan dan menjaga alam ciptaan.
Salah satu aktiviti ekologi yang baharu dijalankan ialah membersihkan kawasan pantai Tanjung Lipat, Likas yang disertai hampir 100 orang.
Kegiatan itu dianjurkan oleh Komiti Keadilan Ciptaan untuk Musim Penciptaan.
Sebelum sesi membersih, para umat terlebih dahulu berdoa dan diberi taklimat untuk menjaga keselamatan.
Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka, sekali gus memupuk sikap anak-anak sebagai penjaga bumi. – Herald Malaysia












































