
Oleh Juanis Marcus
TAMBUNAN – Sukacita berganda bagi Kongregasi Carmalite Santi Elia(CSE), apabila dua lagi anak muda mengatakan ‘Ya’ untuk ditahbis. Diakon Bosco, CSE ditahbis menjadi paderi manakala Bro. Bernard Marie, CSE ditahbis menjadi diakon.
Ritus pentahbisan diadakan melalui Misa Kudus khas pada 8 Dis 2025, di Pusat Pertapaan Karmel Kaingaran, Tambunan. Misa Kudus diselebrankan oleh Uskup Cornelius Piong. Turut hadir ialah Fr Eugene, CSE wakil daripada Pertapaan Karmel, Indonesia serta para paderi dari Keuskupan Keningau.
Meskipun upacara pentahbisan memakan masa yang agak lama, namun ianya tetap berjalan dengan lancar. Fr Bosco, CSE dan Diakon Bernard dikenakan jubah paderi oleh keluarga masing-masing, dan selepas itu Fr Bosco memberkati keluarganya, menandakan selesainya upacara pentahbisan tersebut.
Uskup Cornelius Piong mengungkapkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk mentahbis kedua-dua anak muda itu, dan menegaskan bahawa pentahbisan adalah suatu rahmat yang istimewa kerana ia tidak selalunya berlaku.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 69 No 2 bertarikh Jan 18 2026.














































