
LAHAD DATU – Satu perayaan yang bersejarah dan penuh makna berlangsung di Paroki St Dominic pada 28 Sept 2025. Paroki itu menerima lambang kudus penyatuan umat iaitu Salib Malaysia – Salib menuju Malaysian Pastoral Convension (MPC). Majlis penyerahan dalam upacara itu berlangsung di dalam Misa Kudus dan yang menariknya turut dirayakan bersamaan dengan Hari Migran dan Perantau Sedunia yang ke-111.
Salib Malaysia telah diserahkan secara rasmi kepada Paroki St Dominic Lahad Datu oleh wakil dari Paroki Holy Trinity dalam Misa Kudus istimewa yang dipimpin oleh Fr Stanley Matakim itu, memberikan satu penekanan rohani yang mendalam, terutamanya dalam konteks sambutan Hari Migran dan Perantau Sedunia, di mana Fr Stanley menyampaikan pesan penting mengenai penerimaan dan kasih sayang sesama insan tanpa mengira latar belakang.
Suasana dalam gereja diselubungi dengan semangat keimanan serta kesatuan yang mendalam dengan kehadiran Salib Malaysia itu. Turut menyerikan upacara itu dengan kehadiran ramai umat yang datang dari semua peringkat usia dari kanak-kanak hingga warga emas. Kehadiran yang ramai ini menunjukkan kesatuan dan semangat kekitaan yang kuat dalam komuniti paroki ini.
Tujuan utama lawatan Salib Malaysia adalah untuk menyatukan sembilan keuskupan di dalam Malaysia ini melalui doa, puasa, dan beramal. Ini merupakan satu gerakan yang bertujuan untuk menyemai pertumbuhan iman dalam kalangan umat Katolik. Salib ini juga telah dijadualkan untuk berada di paroki ini bermula 28 Sept ini sehingga 13 Dis yang akan datang, salib ini akan bergerak hampir ke semua luarstasi yang berada di bawah naungan Paroki St Dominic untuk bersama-sama dengan semua umat.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 68 No 21 bertarikh Nov 2 2025.













































