
Oleh Martilena Tsen
KKIP – KKD Santa Perawan Maria, Gereja Divine Mercy menganjurkan Pertandingan memancing ikan di Kolam Besar berhampiran ILP pada 16 Sept 2025. Seramai 30 penyertaan yang telah didaftarkan dan ia terdiri daripada perwakilan setiap KKD serta umat setempat.
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan cintakasih di antara sesama ahli-ahli KKD dan umat setempat dengan menyahut saranan Gereja “membina bersama di dalam satu Gereja Sinodal” serta membantu menjana kewangan tabung KKD.
Sebelum pertandingan dimulakan doa pembukaan telah dipimpin oleh Anthony Juting. Suasana pertandingan menjadi lebih meriah apabila Fr Postinus Kurup mengunjungi Kolam Besar dan memberi semangat kepada para peserta.
Di antara kategori yang dipertandingkan iaitu kategori ikan terberat dan ikan terbanyak. Selain daripada itu, para peserta yang telah mendaftar juga berpeluang memenangi cabutan nama pengunjung bertuah dan Joran bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 68 No 20 bertarikh Oct 19 2025.

















































