
Oleh SOCCOM @ Kuluk Molisau
TUARAN – Paroki St John, Tuaran menganjurkan rekoleksi singkat dengan tema “Akulah gembala yang baik, sabda Tuhan. Aku mengenal domba-dombaKu, dan domba-dombaKu mengenal Aku” pada 10 Mei 2025 sempena Minggu Panggilan.
Seramai 40 orang menyertai rekoleksi itu dengan beberapa pengisian seperti ceramah, Perbualan Rohani, perkongsian kumpulan, soal jawab dan banyak lagi.
Fr Gilbert Marcus dan Sr Martha Jonik, fsic dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam rekoleksi itu.
Penyelaras Komiti Panggilan, Lawrence Peter bersama Sarina Bukut telah memaklumkan bahawa beberapa program lain akan dianjurkan.