
Oleh Stella Dydimus
KUALA PENYU – Sambutan ulangtahun ke-30 Rumah Retret Keuskupan Keningau Purun dan Pesta Santa Theresia dari Kanak-kanak Yesus disambut dengan penuh sukacita dan kesyukuran pada 5 Okt 2025 yang dimulakan dengan Misa Kudus oleh Fr Roney Mailap dan dibantu oleh Fr Paul Mikin.
Sambutan ulangtahun itu turut dihadiri oleh salah satu pengasas awal rumah retret tersebut iaitu Datuk Sebastian Dirih Anjim, wakil-wakil daripada Paroki St Patrick Membakut, Paroki St Valentne, Beaufort dan Paroki St Yohanes, Sipitang serta umat sekitar Paroki St Peter Kuala Penyu dari segenap peringkat.
Rumah retret yang dibina pada tahun 1995 adalah di bawah kendalian KSFX tetapi pada tahun 2017. Komiti Rumah Retret Purun telah ditubuhkan dan beroperasi secara sendiri, namun pada tahun 2019, Gereja Santa Theresia dari Kanak-kanak Yesus telah dibina dan komiti tetap ditubuhkan gabungan daripada empat paroki pendalaman bawah bagi mengurus rumah retret tersebut.
Pengerusi RRKKP, Raymond Misin dalam ucapannya memperkenalkan ahli-ahli komiti tetap Rumah Retret yang terdiri daripada pengerusi-pengerusi MPP serta para paderi gabungan empat paroki pendalaman bawah. Beliau juga turut memperkenalkan sebuah tim baharu yang dikenali sebagai Tim Pengharapan yang diketuai oleh Felecia Jainol yang akan membantu mengurus dan mengendali rumah retret itu.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 68 No 21 bertarikh Nov 2 2025.













































