
Oleh Martilena Tsen
KKIP – Pada 1 Nov 2025, umat di Gereja Divine Mercy mengadakan majlis kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran Fr Postinus Kurup di Rumah Rektori, Gereja Divine Mercy.
Barisan Komuniti Umat Katolik (KUK) dan umat setempat telah hadir meraikan majlis kesyukuran itu. Acara sambutan tersebut sangat meriah disusuli dengan nyanyian lagu hari jadi, mengambil gambar kenangan bersama serta penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada KUK dan Komuniti Kristian Dasar (KKD).
Umat yang hadir juga sangat beruntung kerana berpeluang mendengar dendangan lagu ciptaan Fr Postinus sendiri.













































