Herald Malaysia
KENINGAU – St Francis Xavier (KSFX) Keningau disambut dengan meriah dan unik, apatah lagi ia diadakan serentak upacara Pengutusan KSFX Youth Fiesta (KYF).
Misa Kudus dipimpin oleh Msgr Gilbert Lasius, bersama Uskup Cornelius Piong, dan para paderi yang melayani di KSFX.
Uniknya sambutan kali ini ialah umat dapat membuat penghormatan kepada relik kelas pertama Santo Francis Xavier.
“Kita meraikan pesta St Francis Xavier sambil meneladani kehidupannya sebagai rasul Yesus yang sejati. Ketika kita masih hidup, kita harus bertindak balas terhadap iman kita dan komited untuk menjadi murid Kristus,” kata Msgr Gilbert.
Tambahnya, kehidupan yang ditunjukkan oleh para santo amat mengkagumkan. Mereka wujud dalam sejarah dan mengutamakan iman mereka.
Misionari hebat, Santo Francis Xavier, meninggal dunia pada 3 Dis, 1552, dan 70 tahun kemudian, diisytiharkan sebagai Santo oleh Sri Paus Gregory XV pada 12 Mac, 1622.
Relik atau peninggalan orang kudus menunjukkan bahawa Sto Francis Xavier sentiasa bersama umat Kristian, mendoakan dan berjalan bersama kita dalam misi membina kerajaan Tuhan di dunia. – Herald Malaysia












































