
Today’s Catholic
PADAWAN, Sarawak – Seramai 22 orang katekis sepenuh masa, termasuk seorang religius telah dilantik dalam sebuah upacara yang diperkenalkan oleh Surat Apostolik Sri Paus Fransiskus, ‘Antiquum Ministerium’ yang diterbitkan pada tahun 2021.
Pelantikan itu merupakan upa-cara penting kerana kali pertama dilakukan di Keuskupan Agung.
Uskup Agung Simon Poh berkata, “Kami telah menggunakan model yang sama selama lebih 50 tahun dan kini secara rasmi dapat menginstitusikan pelayanan katekis dalam semangat pelayanan katekis purba, seperti yang kita baca dalam Perjanjian Baru.
”Uskup Agung menyatakan, “Surat apostolik Antiquum Ministerium itu mengiktiraf peranan kuno katekis dalam zaman para rasul, menyoroti kepentingan sejarah mereka dalam penginjilan dan penyampaian iman. Ia menekankan aspek-aspek kemahiran pelayanan itu serta menyeru kepada usaha kolaboratif antara katekis awam, uskup dan paderi.
”Turut menyaksikan upacara itu ialah Paderi Paroki Kota Padawan, Fr Don Don Ramirez; Fr Peter Liston dari St Stephen; Fr Lazarus Swinie dari St Theresa dan Fr Prince Cornelius dari St Jude.
Meneruskan jejak langkah Misionari Mill Hill pada tahun 1970-an yang melatih katekis untuk bekerja bersama paderi bagi pengajaran iman di ratusan kampung di seluruh negeri, Keuskupan Agung Kuching, Keuskupan untuk melatih kumpulan katekis di Sarawak.
Katekis sepenuh masa yang ada sekarang telah menjalani kursus latihan komprehensif selama tiga tahun, iaitu mengikuti tiga sesi latihan yang diadakan di Miri pada tahun 2020 (Feb 10 – Mei 29), 2021 (Feb 8 – Mei 28) dan 2022 (Feb 4 – Mei 21). – Herald Malaysia
			





























			












