
Oleh Aveil Olga
KEPAYAN – Pada 22 Mei 2025 Persatuan Penceramah Katolik telah mengadakan Misa Kudus sempena Perayaan Paskah yang amat bermakna di dalam kawasan penjara. Seramai lebih kurang 35 orang banduan hadir dalam perayaan suci ini yang dipimpin oleh Fr Gilbert Marcus.
Dalam homilinya, Fr Gilbert menyeru para penghuni agar sentiasa peka terhadap bisikan Roh Kudus dan mendengar suara Tuhan Yesus dalam setiap langkah kehidupan. Kasih Tuhan itu tidak terbatas pada tempat atau keadaan.
Selepas Misa Kudus jalinan kasih persaudaraan diteruskan dengan jamuan makan bersama para penghuni, yang turut dihadiri beberapa pegawai penjara. Ini mencerminkan semangat kesatuan dan kemanusiaan yang diajarkan oleh Kristus.
Turut serta dalam pelayanan ini ialah para penceramah Katolik Saudari Linda Edward, Grace Jintuil dan Aveil Olga yang melayani bukan hanya dengan kata-kata tetapi dengan kehadiran dan kasih yang nyata.
Dalam Tahun Yubileum ini, kita diingatkan untuk tidak melupakan mereka yang terpenjara kerana mereka juga adalah umat Allah yang dikasihi. Semoga doa, kehadiran dan pelayanan kita menjadi tanda harapan, memberi pengharapan dan pemulihan bagi mereka.
“Tuhan itu dekat kepada orang yang patah hati, dan Ia menyelamatkan orang yang remuk jiwanya.” – Mazmur 34:18.