
Oleh Lorenzo (SOCCOM, TPBP)
INOBONG, Penampang – Inobong Youth Day 2 (IYD2) yang berlangsung pada 18 – 21 Okt 2025 anjuran Tim Pelayanan Belia Paroki (TPBP) dengan kerjasama Komiti Belia Pelaksana setiap chapel telah menutup tirainya dengan penuh syukur dan berkat Tuhan.
Dengan tema “Harapan tidak mengecewakan,” lebih kurang 200 Orang Muda Katolik (OMK) melangkah bersama dalam satu perjalanan iman yang mendalam, menemukan kasih dan pengharapan sejati dalam Kristus.
Penganjuran program IYD2 itu melibatkan pelbagai lapisan pemimpin dan umat paroki bagi menyahut seruan ke arah Gereja Sinodal. Penglibatan aktif daripada Majlis Pastoral Paroki (MPP), Komiti pelayanan paroki serta keluarga angkat juga mencerminkan semangat berjalan bersama.
Hari pertama bermula dengan ketibaan peserta dan penerimaan Salib Malaysia, tanda kehadiran Kristus di tengah umatNya. Iman setiap umat teguh menyambut Salib Kristus walaupun dalam cuaca hujan.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 68 No 22 bertarikh Nov 16 2025.










































