
Oleh Alicia Dora Paul
INANAM – “Kamu nampak orangnya besar namun hatinya lebih besar untuk melayani Tuhan dan umat manusia. Canisius, kamu akan buktikan, kan?” tanya Fr David Sham sambil berseloroh mengakhiri ucapannya sempena Misa Kudus Pentahbisan Imamat Fr Canisius Benjamin di Gereja St Catherine dari Sienna, Inanam pada 6 Dis 2025.
Riak wajah Fr Canisius yang sentiasa ramah dengan senyuman jelas menggambarkan betapa dia gembira dan bersyukur kerana impiannya selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Dengan lafaz “ya, saya mahu” ketika Uskup Agung John melakukan pemeriksaan calon disambut dengan nafas lega dan tepukan gemuruh daripada semua yang hadir.
Misa Kudus pentahbisan itu dipimpin oleh Uskup Agung John Wong dan dihadiri oleh para paderi dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu, beberapa paderi dari Keuskupan Keningau dan Sandakan, Diakon Dannie Luis dari Keuskupan Agung Kuching, para religius sister dari kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) dan Daughters of St Paul (FSP) serta umat setempat dan dari paroki yang berhampiran.
Fr Canisius merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik dan kini keluarganya menetap di Papar. Bapanya yang berbangsa Dusun berasal dari Kota Belud manakala ibunya seorang Sino-Kadazan pula berasal dari Inanam. Fr Canisius mendapat pendidikan awal di SRJK (C) Cheng Hwa, Papar seterusnya meneruskan persekolahan peringkat menengah di SMK Kolombong.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 68 No 24 bertarikh Dis 21 2025.















































