
Oleh Adrian Sikajat, CCR
KOTA BELUD – Seramai 41 orang ahli Pelayanan Karismatik Katolik (CCR) dari gereja St Paul Dontozidon mengadakan lawatan pelayanan rohani di Gereja St Edmund, Kota Belud pada 16 Ogos 2025. Rombongan itu telah diketuai oleh Koordinator Patrick Adau.
Pelayanan sepanjang lawatan itu diisi dengan pelbagai acara rohani seperti lagu-lagu pujian, doa bersama, penumpangan tangan, dan perkongsian pengalaman hidup sebagai umat Kristus. Segala aktiviti berjalan dalam suasana yang penuh dengan urapan Roh Kudus, cinta kasih, serta damai sejahtera.
Lawatan itu bukan sahaja menjadi satu wadah pelayanan, tetapi turut mengukuhkan hubungan persaudaraan antara komuniti kedua-dua gereja. Sebagai tanda penghargaan dan kasih dalam persekutuan umat Katolik, Pihak CCR St Paul Dontozidon turut menyampaikan cenderahati kepada pihak CCR St Edmund sebagai tanda kenangan.
Semoga pertemuan dan persaudaraan dalam pelayanan CCR ini terus membuahkan berkat dan mempererat ikatan kasih sebagai keluarga Kristus di antara kedua-dua pihak.
Tuhan memberkati.














































