14 August 2025
The Christian Federation of Malaysia (CFM) expresses its deep shock and grave concern over the recent syringe attack on the son of YB Dato’ Seri Mohd Rafizi Ramli, former Minister of Economy, perpetrated by masked assailants. Such an act appears intended to intimidate and silence an elected representative, and has no place in a civilised and democratic society.
CFM unequivocally condemns this cowardly and reprehensible act of violence, and calls upon the Royal Malaysian Police to conduct a swift, thorough, and transparent investigation to identify both the perpetrators and any parties who may have orchestrated or abetted this crime. They need to be brought to justice as soon as possible.
We fervently pray that no harmful substances were involved in the assault, and that YB Rafizi’s son will make a full and speedy recovery both physically, mentally, and emotionally from this distressing and traumatic incident.
In addition, CFM is deeply concerned about the rising prevalence of bullying in schools, hostels, and training academies nationwide. Recent tragedies, such as the case of the late Zara Qairina bin Mahathir in Sabah, underscore the urgent need for comprehensive measures to address this scourge.
We urge all relevant authorities, educators, and community leaders to work together to ensure that every child in Malaysia is able to grow up and learn in a safe, supportive, and respectful environment that is free from fear, harassment, and violence.
Rev Dr Eu Hong Seng
Chairman
14 Ogos 2025
Keganasan dan Buli Tidak Mempunyai Tempat di Malaysia CFM Tuntut Tindakan Segera
Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyatakan rasa terkejut dan kebimbangan mendalam terhadap serangan menggunakan jarum suntikan baru-baru ini terhadap anak kepada YB Dato’ Seri Mohd Rafizi Ramli, bekas Menteri Ekonomi, yang dilakukan oleh penyerang bertopeng. Tindakan sebegini kelihatan bertujuan untuk mengugut dan membisukan seorang wakil rakyat, dan tidak mempunyai tempat dalam sebuah masyarakat yang bertamadun dan demokratik.
CFM dengan tegas mengecam perbuatan ganas yang pengecut dan terkutuk ini, dan menggesa Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan yang segera, saksama, dan telus bagi mengenal pasti pelaku serta mana-mana pihak yang mungkin merancang atau membantu jenayah ini. Mereka perlu dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Kami dengan bersungguh-sungguh berdoa agar tiada bahan berbahaya yang terlibat dalam serangan tersebut, dan agar anak YB Rafizi pulih dengan segera dan sepenuhnya, sama ada dari segi fizikal, mental, mahupun emosi, daripada insiden yang mencemaskan dan traumatik ini.
Selain itu, CFM amat prihatin terhadap peningkatan kes buli di sekolah, asrama, dan akademi latihan di seluruh negara. Tragedi-tragedi terkini, seperti kes mendiang Zara Qairina binti Mahathir di Sabah, menekankan keperluan mendesak untuk langkah-langkah menyeluruh bagi menangani gejala ini.
Kami menggesa semua pihak berkuasa berkaitan, para pendidik, dan pemimpin masyarakat untuk bekerjasama memastikan setiap anak di Malaysia dapat membesar dan belajar dalam persekitaran yang selamat, saling menyokong, dan saling menghormati, bebas daripada rasa takut, gangguan, dan keganasan.
Rev Dr Eu Hong Seng
Pengerusi