
Oleh Kimberly Tan
SANDAKAN – Program “Home Visit” anjuran Komiti Caritas Paroki bersama Diakon Ricki Boy telah diadakan pada 30 Mac 2025 bersempena dengan aktiviti musim Pra-Paskah yang membawa harapan kepada mereka yang memerlukan.
Program bermula sekitar jam 1.00 petang, mereka berkumpul dan bergerak bersama ke lokasi yang telah ditetapkan.
Mereka bertemu dan beramah mesra bersama umat yang mereka lawati sebelum memulakan kerja amal.
Dalam lawatan itu, Diakon Ricki juga memimpin doa dan memberi komuni kepada umat yang dilawati. Setelah itu, mereka membersihkan kawasan luar dan dalam rumah umat tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam lawatan itu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki membersihkan kawasan luar rumah seperti memotong rumput, membersihkan tingkap dan menyapu manakala kumpulan wanita membersihkan kawasan dalam rumah seperti mengemop lantai, menukar langsir dan mengelap.
Mereka selesai melakukan aktiviti pembersihan sekitar jam 2.30 petang dan mengambil kesempatan untuk bercerita dengan umat itu sebelum bersurai.
Setelah itu, mereka melanjutkan lawatan mereka di rumah mangsa kebakaran dan memberikan sedikit sumbangan kasih kepada keluarga itu. – Dospo