DI DALAM hidup saya sebagai seorang paderi dan orang yang mahu bertobat, saya harus menghadapi peribahasa Inggeris lama yang menegaskan dengan penuh jaminan: “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Ini adalah tuntutan bahawa akal sentiasa mengawal perkara fizikal. Adakah ini benar?
Ada kalanya ianya sangat berguna untuk melihat bahawa semua yang perlu saya lakukan adalah mengerahkan kemahuan saya. Semasa saya menjalani kehidupan berkomuniti dengan saudara-saudara komuniti, saya selalu terlewat datang untuk makan bersama, selalu memberi alasan. Sehingga suatu hari seorang saudara menjawab permintaan maaf saya dengan mengatakan, saya tidak akan memaafkan kamu kerana kamu tidak berubah. Ini benar-benar mengumpulkan kemahuan saya, membantu saya mengubah tingkah laku saya.
Namun, berkali-kali saya mendapati bahawa walaupun secara terang-terangan saya “mahu (sebenarnya tidak)”, perkara tidak berubah. Itu mengingatkan saya kepada apa yang ditulis oleh Santo Paulus: “Sebab apa yang aku perbuat, aku tidak tahu. Kerana bukan apa yang aku kehendaki yang aku perbuat, tetapi apa yang aku benci, itulah yang aku perbuat. Jadi jika aku perbuat apa yang tidak aku kehendaki, aku menyetujui, bahwa hukum Taurat itu baik. Kalau demikian bukan aku lagi yang memperbuatnya, tetapi dosa yang ada di dalam aku” (Roma 7:15-17).
Saya menjumpai sebuah artikel yang menarik “Benarkah? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan?” ditulis oleh Galen Guengerich Ph.D. dari mana saya memetik:
“Etta James, seorang penyanyi blues terbaik yang diketahui, tahu lebih banyak daripada kebanyakan orang tentang tidak mempunyai kemahuan dan kehilangan jalan. Dilahirkan oleh seorang ibu berusia 14 tahun yang tidak berminat dengan anak-anak dan seorang ayah yang telah lama menghilang, dia pernah menggambarkan masa kecilnya sebagai satu siri hubungan satu-malam: secara berterusan, dia dipindahkan dari satu rumah saudara kepada rumah saudara yang lain.
Sebagai orang dewasa, dia sering menyalahgunakan tubuhnya. Lelaki-lelaki di dalam hidupnya – pengurus, penyanyi, dan ahli keluarganya – sering mengambil kesempatan terhadap dirinya: dalam dunia muzik, kewangan, dan seksual.
Setelah bertempur dengan ketagihan dadah, Etta kembali berdiri dengan album berjudul “The Seven Year Itch”. Lagu yang paling menarik menyingkap kekuatan semangatnya dan jiwa rapuhnya yang berjalan tanpa tujuan.
Dalam lagu “I Got The Will”, dia mengingati kembali apa yang diberitahu oleh ibunya – bahawa jika ada kemahuan, pasti ada jalan. Etta sebaliknya mendapati: “Saya ada kemahuan, tetapi sekarang saya tidak dapat mencari jalan.”
Kadang-kala dalam hidup kita mempunyai kemahuan, tetapi kita tidak dapat mencari jalan. Mungkin pada masa lain, kita tahu jalannya, tetapi kita tidak dapat mengumpulkan kemahuan. Dalam mana-mana keadaan, untuk beralih dari tempat kita berada ke tempat yang lebih baik menjadi cabaran terbesar dalam hidup kita. Bagaimana kita pergi dari sini ke sana? Bagaimana kita dapat mencari kedua-dua kemahuan dan jalan?”
Dalam keterangan mengenai keadaan yang dihadapi Etta ini, dengan bantuan Santo Paulus saya dapat melihat di mana terletaknya masalah sebenar, dalam tulisannya: “Jadi jika aku berbuat apa yang tidak aku kehendaki, maka bukan lagi aku yang memperbuatnya, tetapi dosa yang diam di dalam aku” (Roma 7:20). Bahkan dia menulis tentang perjuangannya, di mana dia memohon kepada Tuhan tiga kali untuk menghilangkan duri dalam daging, seorang utusan Setan, di mana Tuhan menjawab: “Cukuplah kasih karuniaKu bagimu, sebab justru dalam kelemahanlah kuasaKu menjadi sempurna” (2 Korintus 12:7-9).
Dalam menghadapi konflik dalaman hidup kita, saya memandang serius apa yang dikatakan oleh Santo Paulus, iaitu “Aku bersifat daging, terjual di bawah kuasa dosa … di dalam aku sebagai manusia, tidak ada sesuatu yang baik” (Roma 7:14, 18), jemputan Tuhan untuk semua adalah lebih nyata: “Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku” (Lukas 9:23).
Di dalam Doa Bapa Kami, kita berdoa “Jadilah kehendakMu di atas bumi seperti di dalam surga”. Ini menjadi peringatan harian Yesus yang datang ke dunia (kayu salib menegak), yang ingin mendirikan kerajaan Tuhan dengan menghadapi kemahuan kita (kayu salib mendatar). Hanya rahmatNya yang akan menakluki kelemahan dan dosa kita.
Soalan-soalan:
- Apakah pengalaman kamu di mana kemahuan bukan selalu menjadi jawapan kepada perjuanganmu?
- Apa yang diminta oleh Yesus apabila Dia menjemput kita dengan mengatakan: “Ikutlah Aku”?
Artikel ini ditulis kerana ramai pemberi pengakuan membimbing umat agar mempraktik kekuatan kemahuan mereka, daripada bergantung kepada rahmat Kristus, dengan berkata “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan keluar dari dosa” dan “Pengakuan telah membebaskan kamu, praktikkannya”.
______________________
Fr Guido Gockel MHM
Seorang ahli St Joseph’s Missionary Society of Mill Hill, berpusat di London, Father Guido ditahbis menjadi paderi pada tahun 1969. Sejurus selepas pentahbisannya, dia diutus ke Malaysia (Sarawak) di mana dia melayani sebagai misionaris selama 18 tahun.
Sewaktu bercuti di Sabah, dia diperkenalkan kepada sekumpulan anak muda yang terlibat dengan Pergerakan Karismatik (CCR). Pengalaman ini membantunya menjadi instrumental dalam memperkenalkan CCR di Miri, Sarawak, di mana dia diberi misi di stasi luar.
Setelah tujuh tahun tempoh misionarisnya yang pertama pada awal tahun 70-an, dia kembali ke Malaysia untuk tiga lagi misi dan banyak lawatan jangka pendek. Dia tahu berbahasa ‘Melayu pasar’ dan lain-lain Bahasa negeri Sarawak.
Catholic Sabah berpeluang mendekati Fr Guido, yang sangat bermurah hati memberi masanya untuk menulis selama satu tahun di bawah kolum bertajuk “I’m On My Way”, sejak pelancaran portal online Catholic Sabah pada tahun 2020.
Berbekal sedikit galakan, Fr Guido bersetuju untuk terus menulis, dan Catholic Sabah membuat keputusan untuk memuat naik penulisannya sekali sebulan, dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Fr Guido terbuka untuk sebarang soalan untuk perbincangan dan penjelasan lanjut. Dia boleh dihubungi melalui emel frguidomhm@gmail.com.