Happy celebrating the 59th Malaysia Day.

We thank and praise God for His protection so that we Malaysians can live together with each other even though we are made up of various religions, cultures and races. We are grateful to God because even though there are times when there are disagreements between us, we can see our diversity more positively and as a strength for our Malaysian nation.

We are also grateful our Prime Minister YAB Dato Sri Ismail Sabri Yakob has launched a campaign to unite Malaysians of various races, religions and cultures with the slogan, “Malaysian families stronger together”. To realize this noble ideal, all of us Malaysians need to be involved and take concern starting from our own family, because the family is the unit and the beginning of society. Good or bad practices and culture will be determined in our family.

Building a Malaysian family requires an open understanding driven by a communitarian spirit, participation and effort within the family. Parents, regardless of race, religion and culture, need to help teach children to be open and respect their fellow human beings as God’s creation regardless of their race, religion and culture. Only in this way can the Malaysia Day slogan be realized starting in the family and in the local community.

As Christians, we are citizens of the Kingdom of God and the Kingdom of Malaysia, we live as salt and light bringing good influence to those around us wherever we are (Mt. 5:13-16).

Together let’s realize this noble ideal, “Malaysian Family Stronger Together”.

HAPPY 59TH MALAYSIA DAY

+Bishop Datuk Cornelius Piong


Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-59.

Syukur dan puji Tuhan kerana penyertaan dan perlindunganNya maka kita rakyat Malaysia dapat hidup bersama dengan aman walaupun kita terdiri dari pelbagai keturunan, agama, budaya dan bangsa. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana walaupun ada masa-masanya timbul perselisihan faham di antara kita, akan tetapi kita lebih dapat melihat kepelbagaian kita ini secara positif dan sebagai kekuatan bagi bangsa kita Malaysia.

Kita juga bersyukur kerana Perdana Menteri YAB Dato Sri Ismail Sabri Yakob telah melancarkan satu kempen untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya dengan slogan yang bertemakan “Keluarga Malaysia teguh bersama”. Untuk dapat merealisasikan cita-cita murni ini, semua kita rakyat Malaysia perlu turut serta dan ambil peduli mulai dari keluarga kita sendiri, kerana keluarga adalah unit dan permulaan masyarakat. Amalan dan budaya baik atau bruuk akan ditentukan dalam keluarga kita.

Membangun keluarga Malaysia memerlukan fahaman yang terbuka didorong oleh semangat komuniti, keturutsertaan dan perjuangan dalam keluarga. Ibubapa, tidak kira kaum, agama dan budaya perlu membantu mengajar anak-anak bersikap terbuka dan menghormati sesamanya manusia sebagai ciptaan Tuhan tanpa mengira keturunan, agama dan budaya sesamanya itu. Hanya dengan cara demikian slogan yang murni tersebut dapat direalisasikan bermula dalam keluarga dan komuniti setempat.

Sebagai Umat Kristian, kita adalah warganegara Kerajaan Tuhan dan Kerajaan Malaysia, kita hidup bagaikan garam dan cahaya membawa pengaruh yang baik kepada sekeliling kita di mana kita berada (Mat. 5:13-16).

Sama-samalah kita merealisasikan cita-cita murni ini, “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

SELAMAT HARI MALAYSIA KE-59

+Bishop Datuk Cornelius Piong