Para pelayan belia Komiti Belia Pelaksana semasa bengkel kepimpinan
Oleh TPBP Holy Trinity Inobong
Oct 28 2022
INOBONG – Bengkel Kepimpinan untuk membantu para pelayan belia Komiti Belia Pelaksana (KBP) agar lebih bersedia melayani di gereja dan chapel masing-masing.
Bengkel ini dianjurkan oleh Tim Pelayanan Belia Paroki (TPBP) bersama Youth Animator pada 31 Ogos lalu, di Dewan Gereja Katolik Madsiang.
Seramai 60 orang pelayan belia KBP daripada sembilan buah gereja di bawah naungan Paroki Holy Trinity Inobong hadir dalam progam ini.
Program ini diadakan untuk memahami struktur organisasi TBPB dan KBP, memahami tugas, peranan dan fungsi KBP serta latihan membuat kertas kerja dan bajet.
TPBP berharap melalui tiga topik dalam bengkel kepimpinan, para pelayan KBP induk mengetahui dan memahami dengan jelas tentang pelayanan KBP serta meningkatkan kapasiti pemimpin belia.
Peserta bersyukur dan berterima kasih atas bimbingan daripada pemimpin belia setempat. Mereka berharap program seperti ini diteruskan untuk membantu mereka.
Peserta bergambar bersama pembimbing bengkel kepimpinan