Suasana kelihatan dalam perarakan di luar bangunan gereja
Oleh SOCCOM Kepayan
July 5 2022
KEPAYAN – Setiap tahun umat Kotalik di seluruh dunia merayakan Hari Raya Tubuh Dan Darah Kristus,Corpus Christi sebagai lambang kepercayaan mereka bahawa Tuhan Yesus Kristus benar-benar hadir dalam ekaristi.
Sebagai penghormatan kepada perayaan Ini, Gereja St.Thomas More Kepayan telah mengadakan perarakan ekaristi semasa Misa Kudus pada 19 Jun 2022.
Tubuh dan Darah Kristus yang di bawa keluar dari Gereja setelah Sakramentum Mahakudus didedahkan kepada umat yang hadir.
Perarakan sungguh meriah di mana para wakil dari setiap KUK yang dibawah naungan Gereja St.Thomas Kepayan berpakaian seragam mengangkat sepanduk mendahului perarakan tersebut. Mereka diikuti oleh Paderi Paroki Msgr Primus Jouil yang mengangkat Piala Tubuh Kristus.
Turut serta dalam perarakan itu ialah pengerusi majlis Pastoral Paroki (MPP), Luvita Koisun dan seluruh umat yang hadir dalam Misa ketika itu.
Perarakan itu diadakan disekitar kawasan gereja diiringi dengan nyanyian lagu rohani dan bacaan doa tidak henti-henti sehinggalah perarakan itu kembali semula ke gereja untuk pemberkatan terakhir sebelum Misa Kudus tamat.