
“Inilah hari yang ditentukan Tuhan; mari kita rayakan dengan gembira” (Mz 118:24)
SAUDARA-SAUDARI terkasih dalam Kristus, Tuhan telah bangkit. Alleluia, Alleluia, Alleluia!
Kita berkongsi sukacita kerana dapat menemani dan menyaksikan saudara-saudari kita yang baru dibaptis yang telah menyertai Gereja Katolik semasa Malam Paskah atau pagi Paskah.
Pembaptisan mereka dalam wafat dan kebangkitan Kristus sekali lagi menjadi kesaksian kepada kita tentang Kehidupan Baru yang mereka terima dalam Roh Kudus. Iman kita kepada Kristus yang bangkit diperkukuh kembali melalui pembaharuan janji baptis kita: untuk menolak Syaitan dan segala perbuatan jahat serta godaannya, dan untuk percaya kepada Tritunggal serta Syahadat Para Rasul Gereja.
Iman Paskah yang kita uar-uarkan ini bukanlah berdasarkan penglihatan, tetapi merupakan anugerah Tuhan. Hal ini diperlihatkan dalam bacaan Injil Hari Minggu Paskah (Yoh 20:1-9), tanpa melihat Kristus yang bangkit, makam kosong dan kain kapan menjadi bukti bagi murid yang dikasihi Yesus bahawa Tuhan telah bangkit. Dengan mata imannya, semua itu merupakan tanda kemenangan atas maut. Kita pun percaya bahawa Tuhan telah mengalahkan maut dan bangkit kepada Kehidupan yang Baru dan Kekal. Tuhan telah memperolehkan bagi kita hidup kekal, iaitu kehidupan abadi dalam kesatuan denganNya.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 69 No 7 bertarikh Apr 5 2026.












































