
Oleh Clarence Dol
RANAU – Sebanyak 46 pain darah berjaya dikutip dalam Program Kempen Derma Darah anjuran Catholic Nurses Guild (CNG) Ranau, CARITAS dan Majlis Pastoral Paroki (MPP) St Peter Claver, Ranau (SPCR) baru-baru ini.
Program yang turut melibatkan penyertaan dari kakitangan Unit Tabung Darah Hospital Daerah Ranau itu pada awalnya hanya menyasarkan sebanyak 30 pain darah, namun sambutan yang diperolehi lebih dari jangkaan.
Tujuan utama program tersebut dijalankan ialah untuk memberi peluang kepada umat Katolik di sini untuk beramal sempena musim Prapaskah di samping membantu dalam menambah bekalan stok darah di Hospital Ranau.
Sementara itu, jurucakap program, Sr Melania Petrus mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Program Kempen Derma Darah itu yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam menjalankan inisiatif murni itu.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 69 No 7 bertarikh Apr 5 2026.
















































