Uskup Cornelius bersama dua orang paderi, Fr David Gasikol (kiri) dan Fr Lazorus Uhing yang turut meraihkan ulang tahun.

By KOMSOS KSFX, Keningau

July 11 2020

KENINGAU – Majlis jamuan kesyukuran untuk meraikan harijadi Uskup Cornelius Piong yang genap 71 tahun pada 1 Julai diadakan di Dewan Keluarga Kudus, Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon pada 3 Julai 2020.

Penganjuran majlis sederhana ini adalah mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditatapkan di mana majlis hanya memuatkan seramai 150 umat termasuk ahli-ahli keluarga Uskup Cornelius.

Turut dirayakan dalam majlis ini adalah harijadi kepada dua orang paderi yang melayani di Paroki KSFX iaitu Fr Lazourus Uhin yang genap 58 tahun pada 2 Julai dan Fr David Gasikol, 35 tahun pada 29 Jun.

Uskup Cornelius mengungkapkan rasa syukur yang dapat menyatukan hadirin sambal beramah mesra.