Oleh JB

Apr 2 2024

KOTA KINABALU – Liga Wanita Katolik gabungan St Catherine Inanam, Good Sherperd Manggatal, Holy Family Telipok dan KKIP telah menyertai seminar kepimpinan sempena Hari Wanita Sedunia yang diadakan di Katedral Hati Kudus pada 9 Mac 2024 lalu bertemakan “Lebih banyak Kepimpinan Wanita untuk Dunia Lebih Baik”. 

Seramai 800 orang Liga Wanita Katolik dari Diosis Kota Kinabalu telah menyertai Seminar itu. Beberapa orang paderi dan juga Sister turut memberi ceramah di Seminar ini. Pada malam hari, jamuan dan persembahan diadakan bagi menyambut Hari Wanita Sedunia yang disertai oleh Uskup Agung John Wong, Fr Rayner Bisius, penasihat bagi Liga Wanita Diosis Agung Kota Kinabalu dan Fr Terans Thadeus.