Para peserta merakamkan album kenangan semasa Kursus Pra-Perkahwinan Siri-1 2024, 17 Mac

Oleh Soccom STKM

Apr 2 2024

KOTA MARUDU – Pada 15-17 Mac lalu Kursus Pra-Perkahwinan Siri satu dianjurkan oleh Kerasulan Keluarga Katolik Paroki di Gereja St Theresa, Kota Marudu. Penyelaras bagi menjayakan kursus tersebut adalah Jimson Majemal bersama dengan barisan AJK Kerasulan Keluarga Katolik Paroki.

Kursus selama tiga hari telah membantu mempersiapkan para peserta untuk lebih memahami dan matang. Kebanyakan peserta adalah berasal dari daerah ini. Bagaimanapun, terdapat juga peserta datang dari luar paroki. Dalam lapan sesi penyampaian ceramah dan bengkel itu diadakan untuk membincangkan tentang pentingnya mengikuti kursus seumpama ini.

Fr Rayner Bisius ketika menyampaikan ceramah sesi yang pertama dalam Kursus Pra-Perkahwinan