By DOSPO

Dec 3 2020

SANDAKAN – Pada 28 Nov lalu, diadakan pertemuan semula graduan-graduan YouthPrepLink (YPL) secara maya melalui penggunaan aplikasi ZOOM. Seramai 90 graduan dari batch satu hingga batch sembilan mengikuti pertemuan ini. Turut serta dalam pertemuan ini adalah para pendamping dan sahabat-sahabat YPL yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran YPL sejak tahun 2011 sehingga 2019.

Penganjuran pertemuan semula YPL telah dijadualkan berlangsung pada bulan Mei 2020. Namun keadaan pandemik Covid-19 yang amat serius ketika itu telah melumpuhkan penganjuran itu di mana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) diarahkan oleh pihak Kerajaan menjadikan pertemuan secara fizikal tidak dapat dilaksanakan. 

Walaubagai manapun keadaan ini telah memaksa semua orang untuk membiasakan diri menjalankan hidup harian dalam keadaan norma baharu termasuklah cara bermesyuarat dan pengendalian program melalui atas talian. Melalui platform ini, pertemuan semula graduan YPL dapat dilakukan secara maya. 

Pertemuan YPL peringkat Keuskupan Sandakan kali ini merupakan kali ketiga selepas pertemuan pada tahun 2014 dan 2016. Tujuan utama penganjuran pertemuan yang bertemakan “Memories bring back, Memories bring back You” selain daripada mengumpulkan para graduan, adalah untuk bertanyakan khabar antara sesama dan memberi ruang untuk menyegarkan serta membaharui iman.

Pertemuan yang lebih mesra disebut sebagai reunion dimulakan dengan mengalu-alukan semua graduan dan jemputan apabila mereka mulai memasuki ruang maya tersebut. Pengacara program kemudiannya menyampaikan orentasi ringkas berkenaan penggunaan aplikasi ZOOM sepanjang program dijalankan.

Sesi diteruskan dengan pembacaan serta renungan Injil disusuli dengan doa pembukaan oleh Tim Para Liturgi. Program kemudiannya diteruskan dengan video ucapan pendek dari pendamping-pendamping YPL. Antara mereka ialah Sr Jossie Sili, rgs, Jell Joseph, Evelyn Doikin, Sharon Tan, Wilfred Frederick (Boy) dan Seminarian Andy Borine Tingadon. 

Meskipun tidak dapat dilakukan secara fizikal, namun Time of Life tetap diadakan dalam bentuk yang lebih kreatif. Dalam sesi ini, para graduan dibawa menyanyikan lagu-lagu aksi dan lagu penyembahan yang sering dinyanyikan semasa penganjuran YPL yang lalu. Setiap lagu yang dimainkan telah membawa para graduan mengamit kenangan lalu. Seterusnya icebreaking yang dikendalikan oleh tim Time of Life (TOL). Antara games yang di ketengahkan adalah meneka gambar ‘true or lie’. 

Para graduan kemudiannya dibawa untuk mengimbas kenangan lalu di dalam tayangan video ‘YPL’s Yesteryears’ bagi batch satu hingga lima. Kotak chat dalam aplikasi ZOOM dihujani dengan mesej para graduan yang menyatakan kerinduan mereka.

Reunion ini diteruskan dengan sesi perkongsian daripada Esther Albert Alim, seorang ibu yang bekerja sebagai dietitian di Hospital Tawau dan melayani dalam belia sebagai ahli Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau dan Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan. Beliau juga telah mendampingi peserta-peserta YPL sejak 2013.

Esther mengongsikan realiti hidup yang berlaku dengan dirinya terutama sekali dalam situasi pandemik COVID-19 yang hampir menyebabkan dirinya ‘hanyut’ dan membawa kepada membuat keputusan yang salah. Maka keadaan ini telah membuatkan dirinya rasa tidak layak. Namun Tuhan itu maha pengasih, semua hal di dunia akan berubah tapi kasih Yesus tetap sama baik hari kelmarin, hari ini dan esok, dan Dia senantiasa menanti kepulangan anak-anakNya.

Setiap orang tidak dapat lari daripada cabaran hidup, namun setiap cabaran mempunyai ilmu yang boleh dipelajari dan membawa kepada pertumbuhan diri untuk menjadi lebih matang dan bijak. Sama soalnya dengan kesilapan dan kegagalan hidup kerana ia merupakan ‘pengajar’ terbaik dalam kehidupan untuk menjadi seorang individu yang baik.

Di akhir perkongsian, Esther mengingatkan tentang misi panggilan. Semua Katolik dipanggil untuk menghidupi misi untuk menjadi versi terbaik diri mereka dan memberikan yang terbaik di dalam setiap panggilan tidak kira sebagai seorang yang bekerja, seorang anak, isteri atau suami dan sebagai diri mereka sendiri dan paling utama menjadi pembawa cahaya Yesus Kristus kepada semua orang.

Video ‘Just one You’ dan ‘Memories’ (versi YPL Keuskupan Sandakan) yang dinyanyikan oleh beberapa para graduan YPL menjadi pengakhir bagi sesi perkongsian Esther. Inilah kebaikan untuk bertemu semula (reunion), membawa para graduan kembali melihat kenangan YPL agar mereka dapat menemui diri mereka semula.

Video ‘YPL’s Yesteryears’ bagi batch 6 hingga 9 ditayangkan dan diikuti dengan perkongsian kumpulan melalui ‘breakout room’. Ramai graduan menyifatkan bahawa perkongsian Esther sangat difahami kerana ia amat berkaitan rapat dengan kehidupan yang mereka sedang alami. Ini membuatkan mereka merasakan tidak bersendirian dalam pergolakan yang mereka alami. 

Perkongsian Esther sedikit sebanyak telah membantu para graduan untuk melihat semula diri mereka dan ekpresi ini dapat dilihat dalam sesi ‘The Colour of My Memories.’ Setiap graduan YPL menyatakan perasaan masing-masing dalam satu aplikasi Mentimeter dimana satu pautan khas diberikan untuk setiap graduan isi berdasarkan kepada soalan ‘How do you feel about your memories today?’.

Expresi mereka secara langsung keluar di permukaan skrin dengan pelbagai warna. Setiap warna melambangkan kenangan-kenangan tidak kira baik atau tidak baik yang telah membentuk keperibadian setiap individu menjadi diri mereka pada hari ini.

Setelah selesai sesi tersebut, Tim Para Liturgi mengambil ahli ruangan program dalam sesi peneguhan. Dalam sesi ini semua yang hadir di minta untuk menyalakan lilin sebagai lambang diri mereka dan cahaya Kristus. Sesi ini sangat memberi kesan kepada para graduan kerana setiap kata-kata peneguhan yang disampaikan memberikan semangat kepada mereka di dalam hidup masing-masing. Masa Tuhan sentiasa tepat dan indah. 

Satu video ‘Insan Tadau’ (Suatu Hari nanti) versi YPL Keuskupan Sandakan telah ditayangkan. Video ini memperlihatkan kekuatan kasih yang dialami semasa penganjuran YPL yang terdahulu. Satu persahabatan yang dianggap satu keluarga yang menyokong, mendukung dan menerima antara sesama tanpa melihat warna kulit, bangsa dan status.

Sebelum mengakhiri reunion ini, Jason Alexander Degullacion, kordinator bagi penganjuran Virtual YPL Reunion ini menyatakan rasa terharu, gembira dan syukur kerana program berjalan dengan baik dan terjadi melintasi ekpektasinya. Dia juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada ahli tim penganjur di atas dedikasi dan komitmen dalam merealisasikan program secara maya ini. Beliau juga berharap agar pandemik ini akan berlalu cepat agar YPL batch 10 dapat dijalankan tahun hadapan. Beliau sangat menghargai setiap yang hadir dan memohon agar semua orang akan terus ‘keep in touch’.

Anna Teresa, selaku Kordinator komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan juga menyampaikan rasa gembira dan syukur. Beliau telah berjalan bersama dengan YPL sejak 2011 sehingga ke hari ini dan apabila melihat semua para graduan, Anna menyatakan bahawa generasi YPL akan datang ‘will be in good hands’ kerana mempunyai graduan-graduan yang akan meneruskan program dan semangat YPL. 

Program pada malam yang indah itu di akhiri dengan doa penutup dan pengambilan gambar. Meskipun program itu sudah berakhir, para graduan telah meneruskan sesi ‘catching up’ dalam aplikasi whatsapp Group bacth mereka masing-masing. – DOSPO