
Oleh Dospo
LAHAD DATU – Konsert Rohani anjuran Paroki St Dominic, Lahad Datu buat julung kalinya mengumpulkan lebih 300 umat pada 8 ogos 2025 dengan bantuan Penganjur Komiti Charis Paroki St Dominic.
Konsert itu merupakan salah satu aktiviti bagi merayakan sambutan Hari Ulang Tahun St Dominic ke-73 tahun.
Acara itu bertujuan untuk memuji dan memuliakan Tuhan melalui nyanyian rohani, mengeratkan hubungan iman dan persaudaraan antara umat di sekitar gereja St Dominic serta luar daerah Lahad Datu.
Konsert itu menampilkan pelbagai persembahan dari Komiti Neocatechumenal Way, ahli koir dan pemazmur gereja St Dominic juga kumpulan pemuzik tempatan Rassat Blues yang ketuai oleh Henry Mahai. Rhowell Roland dan Lyron Felix artis jemputan khas bagi konsert tersebut.
Kehadiran umat yang memberangsangkan, memenuhi ruang dewan gereja St Dominic dengan suasana penuh sukacita dan semangat rohani.
Acara berakhir dengan ucapan terima kasih serta doa penutup oleh Rektor Paroki, Fr Stanley William Matakim. – Dospo