
Oleh Dospo
TAWAU – Dengan tema ”…Kuberikan hati yang baru dan roh yang baru” (Yeh 36:26) Retret Karunia-Karunia Roh Kudus anjuran Charis Keuskupan Sandakan diadakan di Gereja Holy Trinity, Tawau yang menjadi tuan rumah bagi program tersebut pada 15 – 17 Ogos lalu.
Seramai 158 peserta daripada Holy Trinity Church (94), St Stephen TASS (4), St Jude, Semporna/ Ladang Segaria/ St Peter Kunak (8), St Mary, Sandakan (21) dan Our Lady of Fatima, Beluran/ St Martin, Telupid (18) menghadiri retret yang julung kali diadakan di Paroki Holy Trinity, Tawau.
Retret itu bermula dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Raymond Lee Seng Huat dan diteruskan dengan perkongsian sesi oleh Adaris Moses Sintan, Gilbert Ondoi dan Danny Carreon. – dospo