Fr Jalius sedang memberkati daun Palma di luar Chapel
Oleh Suzie Augustine
TIMBANG, Kota Belud – Perayaan Minggu Palma, dirayakan pada Misa Kudus Senja pada 23 Mac 2024 lalu bersama Fr Jalius Sading di Chapel St Hilary, Kg Timbang, Kota Belud.
Dalam homilinya, Fr Jalius menjelaskan bahawa melambai-lambaikan daun Palma itu sebagai tanda memperingati kedatangan Yesus sebagai Raja.
Paderi juga mengatakan bahawa pengorbanan Yesus bukanlah semudah apa yang kita ingin kan, Yesus melalui segala penderitaan yang begitu berat sekali untuk menebus dosa-dosa kita.
Beliau juga meningatkan kepada umat agar menyimpan baik daun palma tersebut kerana daun palma itu adalah kesinambungan puasa dan pantang kita di mana daun palma yang diberkati itu akan dibakar semula pada tahun hadapan untuk menandai dahi kita.
“Daun palma jangan jadikan sebagai ’magic’ yang boleh menyembuhkan orang. Dalam ajaran Gereja Katolik, tidak ada ajaran seperti itu,” tegas Fr Jalius namun beliau menambah jika menggunakannya untuk tujuan kesembuhan, semua itu adalah dari iman dan kepercayaan anda sendiri.
Selesai Misa Kudus, diadakan makan secara ’pot luck’.