
Oleh JB
SANDAKAN – Konvensyen Wanita Katolik yang ke-6 berlangsung di Hotel Elopura Sandakan pada 2 – 6 Jun 2026 dengan tema “Wanita Katolik: Menuju Ke Gereja Sinodal.”
Seramai 150 peserta hadir dari tiga keuskupan di Sabah, termasuk lapan orang ahli dari Liga Wanita Katolik Bahagian Inanam turut menyertai konvensyen itu bersama dengan delegasi dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Para penceramah terdiri daripada Uskup Agung John Wong, Monsignor Gilbert Lasius, Mother Grace dan juga Anna Teresa Peter Amandus.
Selain ceramah, banyak aktiviti yang dijalankan seperti menaiki bot sambil melawat Pulau Berhala, Kg Tanjung Aru dan lawatan ke Madrasah Kampung Sim-Sim yang diiringi oleh TLDM.
Tema Cowgirl menghangatkan lagi malam acara penutupan Konvensyen Wanita Katolik. Para delegasi juga berkesempatan menyambut ulangtahun kelahiran Uskup Agung John Wong yang ke-58 secara Hi-Tea.
Rumusan daripada konvensyen itu ialah Wanita Katolik berjaya mencapai matlamat untuk menyatukan Visi Wanita Katolik Sabah kearah Gereja Sinodal. Semangat Sinodaliti sentiasa membina komuniti berterusan.
Uskup Agung menyeru, “Jadilah anak Tuhan, berhentilah menjadi cucu Tuhan” dan “Bersatu kita berdoa, bersurai kita bersaksi”. Manakala Msgr Gilbert berharap agar semua wanita yakin untuk menyatakan Iman, Harapan dan Cintakasih kepada semua dengan meneladani Santa Perawan Maria dalam melangkah bersama membina Gereja Sinodal.
Tiga perkara yang harus diutamakan iaitu “Figure of Holines, “Figure of Educator dan Figure of Friends and Love.” Sesi dari Mother Grace juga menyentuh semua delegasi kerana Mother Grace menyatakan unsur wanita yang unik di mana wanita perlu seimbang sebagai isteri, ibu, anak dan juga sebagai kakak dalam menghidupi kasih Tuhan.
Para delegasi mengungkapkan rasa terima kasih kepada AJK Penganjur Keuskupan Sandakan juga sekalu tuan rumah pada kali ini serta kepada Pengerusi Penganjur, Cecelia Polo D’Souza dan Fr Mitchelly Kiun, Pembimbing Rohani Komisi Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan dan semua yang terlibat dalam penganjuran tersebut.
Konvensyen Wanita Katolik yang ke-7 akan diadakan di Keuskupan Agung Kota Kinabalu pada tahun 2029 sebagai tuan rumah bagi program tersebut.










































